Utama Mobile Aplikasi Lazada tawarkan Baucar percuma bernilai lebih dari RM350 untuk Pengundi PRU15

Lazada tawarkan Baucar percuma bernilai lebih dari RM350 untuk Pengundi PRU15

570
0
BM_LazSapotUndi_MainKV

Bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan pada 19 November 2022, Lazada menawarkan Pek Baucar LazadaSapotUndi bernilai lebih dari RM350.

Anda yang telah menunaikan tanggungjawab selaku rakyat Malaysia yang mendukung semangat demokrasi mendapatkan baucer tersebut pada tarikh tersebut. Baucar berkenaan perlu digunakan pada tarikh di antara 19 hingga 21 November 2022.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Lazada memaklumkan pek baucar tersebut boleh didapati melalui ikon “Sapot Lokal” di dalam halaman utama aplikasi Lazada Malaysia.

Seterusnya, di halaman berikutnya, anda perlu klik pada ikon “LazadaSapotUndi”. Kemudian, isikan maklumat lengkap dan muat naik foto anda bersama-sama jari yang telah dicelup dengan dakwat kekal ketika proses membuang undi dilakukan.BM_LazSapotUndi_KV_Langkah Demi Langkah

Anda boleh membuat semakan baucar-baucar yang anda terima di dalam maklumat akaun aplikasi Lazada Malaysia. Pek Baucar LazadaSapotUndi mengandungi baucar-baucar dari jenama-jenama LazMall yang menyertai, seperti:

  • L’Oreal
  • Maybelline
  • Kose
  • Shu Uemura
  • Biotherm
  • Kate Tokyo
  • Nivea
  • Garnier
  • Watsons
  • Guardian
  • Eucerin
  • Johnson & Johnson
  • GSK
  • FreePlus
  • Skintific
  • Heyup
  • Blackmores
  • Appeton
  • Himalaya
  • Bayer
  • Le Pro medic
  • eGreen
  • Lotus’s
  • Illy
  • JDE World of Coffee and more!

Selain itu, Lazada juga memberikan baucar tunai RM1.50 dengan pembelian minimum RM15, selagi stok masih ada. Ikuti Lazada Malaysia di Facebook @LazadaMalaysia, Instagram @lazada_my, Twitter @LazadaMY dan YouTube untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.