Utama Komputer Apple Selamat Ulang Tahun Ke-35 Macintosh – 6 Gambar Retro ketika kemunculannya

Selamat Ulang Tahun Ke-35 Macintosh – 6 Gambar Retro ketika kemunculannya

1491
0

Tanggal 24 Januari menandakan genapnya ulang tahun ke-35 kemunculan sistem komputer peribadi dari Apple, Macintosh. Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun melalui kicauan di Twitter.

Tahun 1984, sama dengan nama tajuk novel sains fiksyen karya George Orwell telah menginspirasikan iklan komersil Macintosh berdasarkan novel berkenaan. Menariknya, iklan berkenaan menggunakan khidmat pengarah filem Blade Runner (1982), Ridley Scott.

Berikut adalah foto-foto lama Apple Macintosh sewaktu awal kemunculannya:

Steve Jobs memperkenalkan Macintosh pada tahun 1984 sewaktu mesyuarat bersama pemegang-pemegang saham. -Imej dari Paul Sakuma/AP/Shutterstock
Apple Macintosh yang direka oleh Steve Jobs mensasarkannya sebagai sebuah komputer yang paling mesra pengguna. Ia juga menyediakan paparan antaramuka grafik bagi memudahkan pengguna berbanding komputer Apple sebelumnya yang berasaskan teks. -Imej dari SSPL melalui Getty Images 
Ribuan komputer Apple Macintosh sewaktu peringkat pengujian di kilang pengeluarannya di Freemont, California, AS. -Imej dari Paul Sakuma/AP/Shutterstock
Steve Jobs dan mantan Presiden Apple, John Sculley. -Imej dari Marilyn K. Yee/NYT/Getty
Aksesori periferal khusus untuk Apple Macintosh, tetikus dan pad kekunci nombor. -Imej dari Wikimedia Commons

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.