Utama Mobile Android Samsung umumkan Galaxy Tab S4, hadir dengan S Pen dan Pengecas Pantas

Samsung umumkan Galaxy Tab S4, hadir dengan S Pen dan Pengecas Pantas

903
0

Samsung secara rasminya telah mengumumkan tablet terbaru keluarannya, Galaxy Tab S4. Pengumuman ini hadir lebih awal sebelum majlis Unpacked Galaxy Note 9 yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Galaxy Tab S4 menampilkan paparan 10.5-inci WQXGA (2560 x 1600) Super AMOLED. Tablet ini juga mempunyai bingkai tipis memberikan nisbah paparan yang lebih luas. Justeru, paparan yang lebih luas ini pastinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya melalui penggunaan S-Pen yang disediakan bersama-sama tablet ini.

Disebalik paparan Tab S4 ini, bersemayam sebuah chipset Qualcomm Snapdragon 835, dan dibantu oleh RAM 4GB. Kapasiti storan dalaman bagi tablet ini diberikan pilihan sama ada 64GB atau 256GB, bersama-sama slot pengembangan kad mikroSD sebagai ruangan tambahan.

Sama seperti model sebelumnya, Tab S4 hadir dalam dua varian: satu dengan sokongan LTE dan satu lagi hanya mempunyai sambungan Wi-Fi sahaja. Melalui penggunaan chipset Snadragon 835, ia menyokong Cat 16 DLCA, dan juga sokongan 4 x 4 MIMO. Apapun, kedua-dua varian ini menyokong Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, bersama-sama MIMO, Wi-Fi Direct, dan Bluetooth 5.0.

Galaxy Tab S4 menampilkan kamera utama 13MP bersama-sama fungsi fokus auto. Bagi bahagian hadapannya pula, kamera yang disediakan dilengkapi dengan penderia 8MP. Tidak lengkap andainya tidak memasukkan spesifikasi audionya, tablet ini hadir dengan empat speaker yang ditala khas oleh teknologi AKG dan Dolby Atmos. Menurut Samsung, bateri 7,300mAh yang disediakan untuk tablet ini mampu bertahan jam penggunaan sehingga 16 jam.

https://www.youtube.com/watch?v=ufAuTtB5mV4

Fungsi persekitaran kerja desktop, Samsung DeX turut dilengkapkan pada tablet ini dan ianya boleh digunakan pada bila-bila masa tanpa perlu menggunakan dok DeX. Cuma, melalui penggunaan dok, pengguna mungkin berasa lebih selesa dalam melakukan tugasan.

Samsung Galaxy Tab S4 dijual pada harga bermula dari $650 (lebih kurang RM 2642) untuk model 64GB, dan untuk model 256GB pula harganya adalah $750 (lebih kurang RM3054). Manakala Book Cover Keyboard pula, harga adalah $150 (lebih kurang RM 610) sebuah.

Setakat ini Samsung masih belum membuat pengumuman berkenaan pelancaran dan harga bagi tablet ini untuk pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.