Utama Mobile Android Samsung Malaysia perkenalkan Tawaran Hebat Galaxy Raya

Samsung Malaysia perkenalkan Tawaran Hebat Galaxy Raya

761
0

Bermula hari ini, Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan promosi Tawaran Hebat Galaxy Raya dari 23 Mei 2016 sehingga 17 Julai 2016. Pengguna yang membuat pembelian terhadap mana-mana peranti Samsung Galaxy yang terpilih berpeluang untuk memenangi kereta Honda City.

Menurut Encik Lee Jui Siang, Timbalan Presiden Bahagian Perniagaan IT & Peranti Mudah Alih Samsung Malaysia Electronics, “Peranti Samsung Galaxy telah berkembang pesat dan semakin popular di dalam pasaran Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ini semua adalah hasil sokongan dari pelanggan setia kami dan penyokong kuat Galaxy. Kami sangat menghargai sokongan sebegini dan oleh itu kami sentiasa mencari jalan untuk menunjukkan penghargaan kami kepada penyokong dan pelanggan kami. Menjelang Hari Raya yang bakal tiba, kami akan memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan peranti Galaxy pada harga yang amat menakjubkan!”

Semasa tempoh promosi ini, pembeli yang mendapatkan Samsung Galaxy S7, Samsung Galaxy S7 Edge, atau Samsung Galaxy Note 5 layak untuk mendapatkan promosi belian atas pembelian (purchase-with-purchase, PWP) untuk peranti boleh pakai (wearable) Samsung Gear VR. Diskaun potongan 30% akan diberikan untuk pembelian peranti boleh pakai ini. Selain itu, pembeli juga layak untuk mendapatkan cagak pengecasan tanpa wayar Samsung yang bernilai RM279 secara percuma.Galaxy-Raya

Bukan itu sahaja, Tawaran Hebat Galaxy Raya turut menawarkan peraduan “Win a Car” khusus untuk pembeli yang membuat pembelian pada mana-mana peranti Samsung Galaxy yang bernilai RM300 dan ke atas dari wakil penjual Samsung yang sah. Melalui resit pembelian, pembeli yang berminat menyertai peraduan perlu membuka akaun Samsung pada peranti yang telah dibeli dan jawab soalan-soalan mudah melalui SMS.

Maklumat lanjut, layari Samsung Raya 2016

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.