Utama Komputer Panduan pulihkan fail yang terkena Ransomware TeslaCrypt

Panduan pulihkan fail yang terkena Ransomware TeslaCrypt

884
0

Ini berita baik bagi anda yang ingin cuba mendapatkan kembali fail-fail yang sudah dijangkiti ransomware TeslaCrypt. Kini anda sudah boleh menyahkan enkripsi yang telah dibuat oleh ransomware berkenaan, berikutan penulis ransomware itu sendiri yang menunjukkan cara-cara untuk memulihkan kembali fail yang sudah dijangkiti.

Sejak kemunculannya pada bulan Mac tahun lalu, virus komputer TeslaCrypt telah menggunakan serangan melalui iklan-iklan malware (malvertising attack). Ransomware yang pada kebiasaannya mensasarkan pemain-pemain permainan komputer ini akan mengunci fail-fail di dalam komputer pengguna sehinggalah mangsa bersedia membayar ‘wang tebusan’ sejumlah USD 500 dalam bentuk Bitcoin. Jangkitan biasanya diterima dari laman-laman yang sudah diceroboh, malvertising dan emel-emel phishing.

Mujurlah penjenayah siber yang bertanggungjawab di dalam serangan-serangan ini telah memberhentikan operasinya dan telah sudi menyediakan kunci induk TeslaCrypt kepada orang ramai secara percuma.

Berikut adalah petikan dari pembangun ransomware TeslaCrypt yang diterbitkan melalui Dark Website;

“Project closed! Master key for decrypt: 440A241DD80FCC5664E861989DB716E08CE627D8D40C7EA360AE855C727A49EE. Wait for other people make universal decrypt software. We are sorry!”

Sehubungan dari maklumat tentang kunci induk untuk TeslaCrypt yang boleh didapati secara percuma, pembangun perisian antivirus ESET, telah mengeluarkan perisian ESET TeslaCrypt Decryptor yang boleh dimuat turun secara percuma dari laman webnya.

Cara Bersihkan ransomware TeslaCrypt guna ESET TeslaCrypt Decryptor

Eset-Teslacrypt-Decryptor

  • Muat turun perisian ESETTeslaCryptDecryptor.exe dan simpankan ke dalam komputer anda. Untuk contoh ini kita tempatkannya pada Desktop
  • Klik Start > All Program > Accessories, klik kanan Command Prompt dan pilih Run as administrator dari menu yang muncul. Untuk pengguna Windows 8/8.1/10, tekan kekunci Windows + Q untuk Search, taipkan Command Prompt di dalam kotak Search, klik kanan dan Run as administrator.
  • Taipkan arahan cd %userprofile%\Desktop (jangan gantikan “userprofile” dengan nama pengguna anda–taipkan arahan sama seperti yang ditunjukkan) dan kemudian tekan Enter.
  • Taipkan arahan ESETTeslaCryptDecryptor.exe dan tekan Enter.
  • Baca ‘end-user license agreement’ dan klik ‘Agree‘ jika bersetuju untuk meneruskan.
  • Taipkan ESETTeslaCryptDecryptor.exe C: dan tekan Enter untuk mengimbas pemacu C dalam mod senyap. Untuk mengimbas pemacu lain, tukarkan C dengan nama pemacu lain.
  • TeslaCrypt Decryptor akan dimulakan dan paparan mesej “Looking for infected files…” akan muncul. Jika jangkitan ransomware berkenaan ditemui, ikuti arahan seterusnya untuk membersihkan anasir-anasir jahat di dalam komputer anda.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.