Utama Android Samsung Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 secara rasminya...

Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 secara rasminya dilancarkan

483
0

SEOUL, Korea – July 26, 2023 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini secara rasmi telah melancarkan peranti Galaxy boleh-lipat generasi yang kelimanya iaitu Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5.

Flex Hinge merupakan antara pembaharuan yang paling menonjol dibawakan oleh siri ini. Ia membolehkan telefon pintar boleh lipat Samsung terkini ini dapat ditutup dengan lebih rapat dengan kesan kedutan yang kurang ketara berbanding generasi sebelumnya.

Selain itu, ciri FlexCam yang membantu pengguna menangkap pelbagai citra gambar dengan penuh kreatif. Dengan prestasi yang lasak dan bateri yang dioptimumkan di samping dikuasakan pemproses terkini, siri Samsung Galaxy Z menakrifkan semula segala kebolehan peranti mudah alih – biarpun terbuka mahupun tertutup.

“Samsung sedang merevolusikan industri mudah alih dengan peranti boleh lipat yang kini menetapkan lagi memperhalusi piawaian pengalaman pengguna,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Mobile eXperience di Samsung Electronics.

“Saban hari, semakin ramai orang kini memilih peranti boleh lipat kami yang menawarkan pengalaman yang yang tidak terdapat pada mana-mana peranti lain. Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 ialah peranti terbaharu yang membuktikan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dengan teknologi inovatif.”

Warisan inovasi dan dedikasi Samsung kepada kategori peranti boleh-lipat telah menghasilkan suatu produk yang serba berkebolehan. Dengan kepercayaan yang kukuh terhadap potensi format peranti boleh lipat, dipadankan dengan keupayaan R&D dan pembuatan bertaraf antarabangsa, Samsung telah memperhalusi dan mengoptimumkan barisan siri Galaxy Z secara konsisten. Daripada penciptaan kandungan menerusi ciri Flex Window baharu Galaxy Z Flip5 kepada kebolehan berbilang tugas yang lancar pada Galaxy Z Fold5, siri peranti boleh lipat Galaxy ini ternyata jauh melangkaui batasan keperluan pengguna masa kini.

Kedua-dua Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 juga telah direka bentuk dengan teliti untuk memenuhi keperluan daya tahan. Skrin utama peranti dilengkapi dengan lapisan penyebar kejutan manakala bahagian belakang telah direka bentuk semula menjadi lebih kukuh. Bersertakan sokongan IPX8, bingkai Aluminium Armor dan Corning® Gorilla® Glass Victus®2 yang hadir pada Flex Window dan penutup belakang, Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 memberikan perlindungan maksimum, di samping dipertingkatkan lagi dengan Flex Hinge. Modul engsel bersepadu baharu ini menampilkan struktur dwi-rel yang cukup bertahan kepada kesan hentakan.

Galaxy Z Flip5: Pencermin ekspresi diri terunggul, bersaiz cilik lagi mesra poket

Galaxy Z Flip5 menawar pengalaman boleh lipat yang bergaya dan unik dalam peranti bersaiz cilik yang khusus dicipta untuk mencerminkan ekspresi diri.

Ciri Flex Window serba baharu yang kini bersaiz 3.78 kali lebih besar daripada generasi sebelumnya menawarkan pelbagai keupayaan. Ia menyediakan lebih banyak pilihan penyesuaian peribadi, termasuk jam grafik bermaklumat yang boleh dipadankan dengan reka bentuk muka dan bingkai siri jam tangan Galaxy Watch6. Selain itu, Flipsuit Case baharu yang khas melindungi Galaxy Z Flip5 boleh dipadankan dengan reka bentuk Flex Window dengan pilihan kad NFC pelbagai corak, lantas menawarkan lebih banyak pilihan pemperibadian untuk pengguna.

Ketika ditutup, Galaxy Z Flip5 kini menawarkan lebih banyak kebolehgunaan berbanding sebelum ini. Dari Flex Window, pengguna berupaya mengakses maklumat berguna dengan cepat dan mudah. Menerusi ciri Widgets, pengguna boleh menyemak keadaan cuaca, mengawal putaran muzik dan menghayati muzik kegemaran mereka dengan Media Controller, ataupun mengikuti keadaan pasang surut pasaran saham global terkini melalui widget Google Finance.

Kesemua Widget boleh diakses secara sepintas lalu dan dipilih dengan serta-merta dengan gerak isyarat sentuhan pada skrin untuk mengaktifkan Paparan Multi Widget. Selain itu, semak pemberitahuan dengan mudah dan akses ciri Quick Settings untuk mengendalikan Wi-Fi atau Bluetooth. Tanpa membuka peranti, semak imbas sejarah panggilan untuk membalas panggilan yang terlepas dan balas teks semasa dengan serta-merta menggunakan ciri Quick Reply dengan papan kekunci QWERTY lengkap dan keterlihatan sejarah sembang. Dengan hanya leretan jari pada skrin, pengguna boleh mengakses Samsung Wallet untuk membuat bayaran dengan mudah, mengakses kod QR dan kupon, serta pas masuk, kad keahlian, kunci digital dan pas kesihatan.

Dengan reka bentuk dan rupa terbina yang tiada berbanding, Galaxy Z Flip5 juga menawarkan pengalaman kamera terpaling serba boleh pada telefon pintar Samsung Galaxy. Tangkap swafoto berkualiti tinggi dengan kamera belakang berkat Flex Window yang lebih besar. Pengguna juga boleh menangkap gambar bebas tangan yang menakjubkan dari pelbagai perspektif kreatif menggunakan FlexCam.

Pengguna juga boleh melihat dan mengedit tangkapan dengan pantas dan mudah dalam Flex Mode juga. Pengguna boleh menyemak, melaraskan ton warna atau memadam imej dengan mudah dengan Quick View dalam Flex Window. Apabila mengambil foto bersama rakan, ciri Dual Preview mencerminkan diri mereka dalam Flex Window dan membolehkan pelarasan dalam masa nyata untuk tangkapan foto yang sempurna. Pengguna juga boleh menangkap rakaman dengan lancar semasa dalam perjalanan dengan ciri Super Steady yang menstabilkan kamera, manakala ciri Auto Framing memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan.

Galaxy Z Flip5 juga menghebatkan setiap foto berkat penambahbaikkan pengalaman kamera dengan kemaskini AI. Cetuskanlah kreativiti diri dengan keupayaan Nightography dipertingkatkan yang mengoptimumkan foto dan video dalam keadaan pencahayaan ambien, walaupun dalam cahaya malap. Algoritma pemprosesan isyarat imej (ISP) berkuasa AI membetulkan sebarang hingar visual yang biasanya merosakkan imej cahaya malap sambil meningkatkan butiran dan ton warna. Foto juga ternyata lebih jelas walaupun dirakam dari jarak yang jauh dengan zum digital 10X.

Galaxy Z Fold5: Kuasa produktiviti cemerlang dengan skrin besar

Galaxy Z Fold5 menawarkan paparan yang mengasyikkan menerusi skrin bersaiz besar, bateri tahan lasak, dan menyampaikan prestasi paling berkuasa dalam siri Galaxy Z dalam reka bentuk yang paling nipis dan ringan dalam siri peranti Fold.

Galaxy Z Fold telah menerajui perkembangan produktiviti harian melalui pengalaman skrin besar yang teguh, menganjak daripada ciri Multi Window  dan App Continuity kepada pelbagai ciri termasuk Taskbar, seret dan lepas dan pengoptimuman aplikasi pihak ketiga. S Pen Fold Edition yang diperkenalkan pada generasi ketiga Fold pada 2021, juga telah diperhalusi untuk memberi pengalaman menulis yang unggul pada Galaxy Z Fold5. Ciri dan alatan ini disatukan untuk menyampaikan prestasi produktiviti yang berkuasa pada skrin besar yang membolehkan pengguna menyelesaikan tugas penting dari mana-mana sahaja.

Ciri Taskbar yang dipertingkatkan membolehkan aktiviti produktiviti secara dinamik dengan membenarkan penggunaan pelbagai aplikasi yang kerap digunakan secara bergilir dengan pantas dan lancar. Kini, kerja boleh dilengkapkan dengan lebih cekap sekali dengan penggunaan sehingga ke-empat aplikasi dengan serentak. Gerak isyarat sentuhan yang termaju iaitu two handed drag and drop juga boleh meningkatkan produktiviti dengan kebolehan mengalih kandungan antara aplikasi dan skrin dengan hanya satu sentuhan diperlukan untuk menahan imej dalam Galeri Samsung dan sementara aplikasi Samsung Notes dibuka dengan jari yang lain. Kemudian, imej tersebut boleh diseret dari satu aplikasi ke aplikasi yang seterusnya. Dengan ciri hidden pop-up, suatu aplikasi boleh terus berfungsi dengan diam di latar belakang, misalnya dengan membenarkan pengguna untuk menonton kandungan video dalam skrin penuh di samping bersembang dengan rakan dalam tetingkap timbul yang terapung di sisi skrin.

S Pen Fold Edition  baharu yang lebih langsing  lagi padat memudahkan pencatitan nota dan pencetusan idea dengan keselesaan yang dibawa oleh bentuknya yang mesra poket. Sarung Slim S Pen Case yang setebal sarung Fold biasa, yang juga tersedia dalam pelbagai gaya dan warna, menawarkan kepada pengguna kemudahan membawa S Pen mereka dengan penuh bergaya.

Dengan kebolehan membolehkan pengguna menghabiskan lebih banyak tugasan semasa dalam perjalanan, Skrin Utama 7.6 inci menjamin tontonan tanpa gangguan pada paparan yang cukup luas, supaya pengguna boleh menikmati kandungan kegemaran mereka samada dalam orientasi potret ataupun landskap. Selain itu, kecerahan puncak telah ditingkatkan lebih daripada 30%, sehingga 1750 nits, untuk pengalaman tontonan yang optimum di luar walaupun di bawah silau cahaya matahari yang terang.

Nikmati pengalaman permainan yang lebih mengasyikkan pada skrin telefon pintar Galaxy terbesar berkat pemproses Snapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy yang meningkatkan kualiti grafik dan menggunakan AI untuk mendayakan permainan dinamik dan fungsi berbilang permainan. Galaxy Z Fold5 boleh mengendalikan sesi permainan maraton dengan cukup cekap disebabkan sistem penyejukannya yang canggih, menyurai haba dengan lebih bijak untuk mengurangkan kelembapan tanpa mempengaruhi prestasi.

Menyampaikan impak positif untuk planet

Samsung terus menerajui visi alam sekitar syarikat dengan mempercepatkan tindakan yang membantu mencapai matlamatnya, termasuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang akhir tahun 2030 bagi Bahagian Device eXperience.

Galaxy Z Flip5 dan Fold5 menampilkan lebih penerapan pelbagai jenis bahan kitar semula dalam binaanya berbanding generasi sebelumnya, termasuk kaca dan aluminium kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca-pengguna, yang diperoleh daripada jaring ikan terdampar, tong air dan botol PET. Kotak pembungkusan mereka juga dihasikan dengan menggunakan 100 peratus kertas terkitar semula.

Kesemua inovasi ini juga telah direka bentuk untuk mengoptimumkan jangka hayat pengunaan. Setiap peranti dipanjangkan kitaran hayatya dengan kemas kini keselamatan selama lima tahun dan peningkatan OS sehingga ke empat generasi.

Harga Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5 di Malaysia

Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 akan tersedia di Malaysia di seluruh negara mulai 18 Ogos 2023.

ModelRRPWarna
Galaxy Z Fold5

256GB

RM 6,799Icy Blue, Phantom Black, Cream

Warna eksklusif dalam talian: Gray, Blue

Galaxy Z Fold5

512GB

RM 7,299
Galaxy Z Fold5

1TB

RM 8,299
Galaxy Z Flip5

256GB

RM 4,499Mint, Lavender, Cream, Graphite

Warna eksklusif dalam talian: Gray, Blue, Green, Yellow

Galaxy Z Flip5

512GB

RM 4,999

Untuk maklumat lanjut mengenai pra-pesanan, sila layari: www.samsung.com/my/offer/flip5-fold5 

Pra-pesan sekarang:

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold5/buy/ atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip5/buy/ 

Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip 5 dan Galaxy Z Fold 5

​Galaxy Z Flip5

PaparanSkrin Utama6.7-inch FHD+*

Dynamic AMOLED 2X

Kadar penyegaran adaptif 120Hz  (1~120Hz)

Paparan Infinity Flex Display (2640 x 1080, 22:9)

*Diukur secara menyerong, saiz Skrin Utama Galaxy Z Flip5 ialah 6.7 inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.6 inci apabila mengambil kira penjuru bulat; kawasan yang boleh dilihat sebenar adalah kurang disebabkan oleh penjuru bulat dan lubang kamera.
Skrin PenutupPaparan 3.4-inch Super AMOLED 60Hz Display*

720 x 748

306 PPI

*Diukur secara menyerong, saiz Skrin Sampul Galaxy Z Flip5 ialah 3.4 inci dalam bentuk segi empat tepat penuh; kawasan yang boleh dilihat sebenar adalah kira-kira 95% daripada kawasan segi empat tepat penuh disebabkan oleh penjuru bulat dan bahagian potongan bawah.
Ukuran dan BeratDilipat71.9 x 85.1 x 15.1mm
*Ketebalan Galaxy Z Flip5 apabila dilipat diukur dari atas ke bawah kaca Galaxy Z Flip5
Dibuka71.9 x 165.1 x 6.9mm
*Ketebalan Galaxy Z Flip5 apabila dibuka tidak termasuk bingkai Skrin Utama.
Berat187g
KameraKamera Depan10MP Selfie Camera

F2.2, Pixel size: 1.22μm, FOV: 85˚

Dwi-Kamera Belakang12MP Ultra Wide Camera

F2.2, Pixel size: 1.12μm, FOV: 123˚

12MP Wide-angle Camera

Dual Pixel AF, OIS, F1.8, Pixel size: 1.8μm, FOV: 83˚

APSnapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy
*Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau anak syarikatnya. Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.
Memori8GB Memory dengan storan terbina 512GB

8GB Memory dengan storan terbina 256GB

*Kapasiti storan yang tersedia tertakluk kepada perisian yang dipramuat. Pilihan memori mungkin berbeza mengikut pasaran.
Bateri3,700mAh (piawai) dwi-bateri
*Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai adalah anggaran nilai purata mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti dinilai ialah 3591mAh untuk Galaxy Z Flip5. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung pada persekitaran rangkaian, corak penggunaan dan faktor lain.
PengecasanPengecas Berwayar *: Pengecasan sehingga ke 50% dalam tempoh masa 30mins dengan penyuai 25W Adapter** dan kabel 3A USB-C ***

Pengecas Pantas Nirwayar 2.0****

PowerShare Nirwayar*****

*Pengecasan berwayar serasi dengan QC2.0 dan AFC. Keputusan daripada ujian makmal dalaman Samsung, dijalankan dengan Penyesuai Mudah-alih 25W sementara ia mempunyai baki 0% kuasa, dengan semua perkhidmatan, fitur dan skrin dimatikan. Kelajuan pengecasan sebenar mungkin berbeza bergantung pada penggunaan sebenar, keadaan pengecasan dan faktor lain.

**Penyesuai Kuasa 25W dijual berasingan. Gunakan hanya pengecas dan kabel yang diluluskan oleh Samsung.

***Pengecasan wayarles serasi dengan WPC.

****Wireless PowerShare terhad kepada Samsung atau telefon pintar jenama lain dengan pengecasan wayarles WPC Qi, seperti Galaxy Z Fold5, Z Flip5, Galaxy Z Fold4, Z Flip4, siri S22, Z Fold3 5G, Z Flip3 5G, S21 FE 5G , siri S21, Z Fold2, siri Note20, siri S20, Z Flip, siri Note10, siri S10, siri S9, siri S8, siri S7, siri S6, Note9, Note8, Note FE, Note5 dan boleh pakai seperti Galaxy Buds2 Pro , Buds2, Buds Pro, Buds Live, Watch6, Watch6 Classic, Watch5, Watch5 Pro, Watch4, Watch4 Classic, Watch3, Watch Active2, Watch Active, Gear Sport, Gear S3, Galaxy Watch dan Galaxy Buds. Mungkin tidak berfungsi dengan aksesori, penutup atau peranti jenama lain tertentu. Ia mungkin menjejaskan penerimaan panggilan atau perkhidmatan data, bergantung pada persekitaran rangkaian anda.

Kekalisan AirIPX8
*Berdasarkan keadaan ujian makmal untuk rendaman air tawar sehingga 1.5 meter untuk tempoh masa 30 minit. Tidak dinasihatkan untuk kegunaan pantai atau kolam renang. Bilas/keringkan jika basah. Rintangan air peranti tidak kekal dan mungkin berkurangan dari semasa ke semasa kerana haus dan lusuh biasa.
OSAndroid 13

One UI 5.1.1

Rangkaian dan Ketersambungan5G*, LTE**, Wi-Fi 6E***, Bluetooth® v5.3
*Memerlukan sambungan rangkaian 5G yang optimum, tersedia di pasaran terpilih. Semak dengan pembawa anda untuk ketersediaan dan butiran. Kelajuan muat turun dan penstriman mungkin berbeza-beza berdasarkan pembekal kandungan, sambungan pelayan dan faktor lain.

**Ketersediaan model LTE berbeza mengikut pasaran dan pembawa. Kelajuan sebenar mungkin berbeza bergantung pada pasaran, pembawa dan persekitaran pengguna.

***Ketersediaan rangkaian Wi-Fi 6E mungkin berbeza mengikut pasaran, pembekal rangkaian dan persekitaran pengguna. Memerlukan sambungan optimum. Akan memerlukan penghala Wi-Fi 6E.

PenderiaPenderia Cap Jari Kapasitif (tepi), Meter pecutan, Barometer, Penderia Gyro, Penderia Geomagnetik, Penderia Hall, Penderia Proksimiti, Penderia Caahaya
KeselamatanSamsung Knox dengan Samsung Knox Vault
Kad SIMSatu Nano SIM* dan satu eSIM**
*Kad SIM dijual berasingan. Ketersediaan mungkin berbeza bergantung pada pasaran dan pembawa.

**Ketersediaan eSIM mungkin berbeza bergantung pada versi perisian, wilayah dan pembawa. Semak dengan pembawa anda jika pelan rangkaian mudah alih anda menyokong eSIM.

WarnaMint, Graphite, Cream, Lavender*

[Samsung.com Exclusive] Gray, Blue, Green, Yellow**

* Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut pasaran, wilayah atau pembawa.

**Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di Samsung.com.

 

​ Galaxy Z Fold5

PaparanSkrin Utama7.6-inch QXGA+*

Dynamic AMOLED 2X

Paparan Infinity Flex Display (2176 x 1812, 21.6:18), 374ppi

Kadar Penyegaran Adaptif 120Hz (1~120Hz)

*Diukur secara menyerong, saiz Skrin Utama Galaxy Z Fold5 ialah 7.6 inci dalam segi empat tepat penuh dan perakaunan 7.4 inci untuk penjuru bulat; kawasan yang boleh dilihat sebenar adalah kurang disebabkan oleh penjuru bulat.
Skrin Penutup6.2-inch HD+

Paparan Dynamic AMOLED 2X

(2316 x 904, 23.1:9), 402ppi

Kadar Penyegaran Adaptif 120Hz (48~120Hz)

*Diukur secara menyerong, saiz Skrin Penutup Galaxy Z Fold5 ialah 6.2-inci dalam segi empat tepat penuh dan 6.1-inci merangkumi penjuru bulat. Kawasan yang boleh dilihat sebenar adalah lebih kecil disebabkan oleh penjuru bulat dan lubang kamera.
Ukuran dan BeratDilipat67.1 x 154.9 x 13.4mm
*Ketebalan Galaxy Z Fold5 apabila dilipat diukur dari atas ke bawah kaca Galaxy Z Fold5
Dibuka129.9x 154.9 x 6.1mm
*Ketebalan Galaxy Z Fold5 apabila dibuka tidak termasuk bingkai Skrin Utama.
Weight253g
KameraKamera Depan10MP Kamera Swafoto

F2.2, saiz Piksel: 1.22μm, FOV: 85˚

Kamera Bawah Paparan4MP Kamera Bawah Paparan

F1.8, saiz Piksel size: 2.0μm, FOV: 80˚

Kamera Belakang Berbilang  TigaKamera Ultra Lebar 12MP

F2.2, saiz Piksel: 1.12μm, FOV: 123˚

Kamera Sudut-Lebar 50MP 

Dual Pixel AF, OIS, F1.8, Pixel size: 1.0μm, FOV: 85˚

Kamera Telefoto 10MP 

PDAF, F2.4, OIS, saiz Piksel: 1.0μm, FOV: 36˚, 3X zum optikal

*Zum Angkasa 30X termasuk Zum Optik 3x dan zum digital 30x dengan teknologi Resolusi Super AI. Mengezum melepasi 3x mungkin menyebabkan kemerosotan imej
APSnapdragon® 8 Gen 2 Mobile Platform for Galaxy
*Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau anak syarikatnya. Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.
Memori[Tertakluk kepada ketersediaan saluran] Memori 12GB dengan storan terbina 1TB 

Memori 12GB dengan storan terbina 512GB

Memori 12GB dengan storan terbina 256GB

*Ketersediaan mungkin berbeza mengikut pasaran atau saluran. Ruang storan sebenar mungkin berbeza mengikut pasaran, model, saiz fail dan format.
Bateri4,400mAh (piawai) dwi bateri
*Nilai piawai diuji di bawah keadaan makmal pihak ketiga. Nilai piawai ialah anggaran nilai purata mengambil kira sisihan dalam kapasiti bateri antara sampel bateri yang diuji di bawah piawaian IEC 61960. Kapasiti dinilai ialah 4270mAh untuk Galaxy Z Fold5. Hayat bateri sebenar mungkin berbeza bergantung pada persekitaran rangkaian, corak penggunaan dan faktor lain.
PengecasanPengecas Berwayar *: Pengecasan sehingga ke 50% dalam tempoh masa 30mins dengan penyuai 25W Adapter** dan kabel 3A USB-C ***

Pengecas Pantas Nirwayar 2.0****

PowerShare Nirwayar*****

*Pengecasan berwayar serasi dengan QC2.0 dan AFC. Keputusan daripada ujian makmal dalaman Samsung, dijalankan dengan Penyesuai Mudah-alih 25W sementara ia mempunyai baki 0% kuasa, dengan semua perkhidmatan, fitur dan skrin dimatikan. Kelajuan pengecasan sebenar mungkin berbeza bergantung pada penggunaan sebenar, keadaan pengecasan dan faktor lain.

**Penyesuai Kuasa 25W dijual berasingan. Gunakan hanya pengecas dan kabel yang diluluskan oleh Samsung.

***Pengecasan wayarles serasi dengan WPC.

****Wireless PowerShare terhad kepada Samsung atau telefon pintar jenama lain dengan pengecasan wayarles WPC Qi, seperti Galaxy Z Fold5, Z Flip5, Galaxy Z Fold4, Z Flip4, siri S22, Z Fold3 5G, Z Flip3 5G, S21 FE 5G , siri S21, Z Fold2, siri Note20, siri S20, Z Flip, siri Note10, siri S10, siri S9, siri S8, siri S7, siri S6, Note9, Note8, Note FE, Note5 dan boleh pakai seperti Galaxy Buds2 Pro , Buds2, Buds Pro, Buds Live, Watch6, Watch6 Classic, Watch5, Watch5 Pro, Watch4, Watch4 Classic, Watch3, Watch Active2, Watch Active, Gear Sport, Gear S3, Galaxy Watch dan Galaxy Buds. Mungkin tidak berfungsi dengan aksesori, penutup atau peranti jenama lain tertentu. Ia mungkin menjejaskan penerimaan panggilan atau perkhidmatan data, bergantung pada persekitaran rangkaian anda

Kekalisan AirIPX8
*Berdasarkan keadaan ujian makmal untuk rendaman air tawar sehingga 1.5 meter untuk tempoh masa 30 minit. Tidak dinasihatkan untuk kegunaan pantai atau kolam renang. Bilas/keringkan jika basah. Rintangan air peranti tidak kekal dan mungkin berkurangan dari semasa ke semasa kerana haus dan lusuh biasa
OSAndroid 13

One UI 5.1.1

Rangkaian dan Ketersambungan5G*, LTE**, Wi-Fi 6E***, Bluetooth® v5.3
*Memerlukan sambungan rangkaian 5G yang optimum, tersedia di pasaran terpilih. Semak dengan pembawa anda untuk ketersediaan dan butiran. Kelajuan muat turun dan penstriman mungkin berbeza-beza berdasarkan pembekal kandungan, sambungan pelayan dan faktor lain.

**Ketersediaan model LTE berbeza mengikut pasaran dan pembawa. Kelajuan sebenar mungkin berbeza bergantung pada pasaran, pembawa dan persekitaran pengguna.

***Ketersediaan rangkaian Wi-Fi 6E mungkin berbeza mengikut pasaran, pembekal rangkaian dan persekitaran pengguna. Memerlukan sambungan optimum. Akan memerlukan penghala Wi-Fi 6E.

PenderiaPenderia Cap Jari Kapasitif (tepi), Meter pecutan, Barometer, Penderia Gyro, Penderia Geomagnetik, Penderia Hall, Penderia Proksimiti, Penderia Caahaya
KeselamatanSamsung Knox dengan Samsung Knox Vault
Kad SIMSehingga ke dua Nano SIM* dan satu eSIM**
*Kad SIM dijual berasingan. Ketersediaan mungkin berbeza bergantung pada pasaran dan pembawa.

**Ketersediaan eSIM mungkin berbeza bergantung pada versi perisian, wilayah dan pembawa. Semak dengan pembawa anda jika pelan rangkaian mudah alih anda menyokong eSIM.

WarnaIcy Blue, Phantom Black, Cream*
[Samsung.com Exclusive] Gray, Blue**
* Ketersediaan warna mungkin berbeza mengikut pasaran, wilayah atau pembawa.

**Warna eksklusif dalam talian hanya tersedia di Samsung.com.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.