Kuala Lumpur, 26 July 2023 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini telah mengumumkan Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic baharu yang direka khusus untuk membantu pengguna mengamalkan tabiat kehidupan yang lebih sihat setiap hari dan sepanjang malam. Siri Galaxy Watch6 memuatkan ciri kesihatan yang menyeluruh bersertakan prestasi yang lebih berkuasa dalam reka bentuk yang halus lagi anggun – dengan penampilan bezel yang lebih tipis, paparan yang lebih besar dan lebih terang serta antaramuka pengguna yang lebih interaktif. Kedua-dua model tersebut juga membolehkan pengguna mengakses pelbagai pilihan muka jam tangan berserbabolehan serta pilihan jalur baharu.
“Dengan Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic baharu, kami menepati komitmen kami untuk alatan pemantauan kesihatan yang termaju, dengan menawarkan akses yang lebih mudah terus dari pergelangan tangan,” kata TM Roh, Presiden dan Ketua Mobile eXperience di Samsung Electronics. “Dari bimbingan tidur dan kecergasan kepada cerapan pemakanan, Samsung menyediakan cara baharu yang lagi mudah untuk membantu pengguna memahami diri dan mencapai kesihatan dan kesejahteraan hidup yang lebih baik, setiap hari dan malam.”
Bimbingan Peribadi untuk Kehidupan yang Lebih Sihat – Bermula dengan Tidur
Siri Galaxy Watch6 menawarkan cerapan bermakna yang boleh membawa perubahan positif sepanjang masa, dengan menawarkan petua, nasihat dan galakan yang diperibadikan. Dengan kesedaran bahawa kesihatan yang lebih baik bermula dengan tidur yang lebih baik, Samsung membantu pengguna mengoptimumkan waktu malam dengan cara yang sama mereka mengoptimumkan penggunaan waktu siang dengan menumpukan tiga elemen utama tidur yang lebih baik: memahami corak tidur peribadi, mengamalkan tabiat tidur yang lebih baik dan mewujudkan persekitaran mesra tidur.
Berdasarkan ciri tidur dan kesihatan yang termaju, siri Galaxy Watch6 kini menawarkan analisis mendalam Sleep Score Factors – merangkumi jumlah masa tidur, kitaran tidur, masa terjaga, serta pemulihan fizikal dan mental – untuk membantu pengguna memahami kualiti tidur yang dialami setiap malam. Ciri Sleep Messages yang lebih diperibadikan dan dibangunkan bersama Yayasan Tidur Nasional, juga memberikan maklum balas terperinci kepada pengguna tentang kesihatan tidur mereka setiap pagi. Selain itu, Galaxy Watch6 juga menawarkan ciri Sleep Consistency yang menunjukkan betapa konsistennya masa tidur dan bangun, dan ciri Sleep Animal Symbol yang mewakili jenis pola tidur pengguna.
Ciri Sleep Coaching yang telah dipertingkatkan membolehkan pengguna memaksimumkan cerapan tidur menerusi arahan, petua dan peringatan yang boleh diakses pada kedua-dua pergelangan tangan dan telefon pintar berpasangan. Apabila tibanya masa untuk tidur, Galaxy Watch6 juga boleh membantu menetapkan persekitaran tidur yang sempurna dengan mengelola tetapan elektronik rumah yang tersambung secara automatik dan menghidupkan Mod Tidur pada jam tangan dan telefon pengguna untuk meredamkan pemberitahuan, memalapkan paparan dan juga untuk mengaktifkan penderia inframerah LED pada jam tangan untuk menyampaikan cerapan kesihatan yang berguna tanpa gangguan cahaya tambahan.
Ciri kecergasan lebih diperibadikan untuk memastikan pengguna kekal bermotivasi. Ciri Body Composition, yang dilengkapi keupayaan mengambil ukuran jasmani berkepentingan seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme basal, kadar penghidratan badan dan peratusan lemak badan, memberikan gambaran lengkap badan dan kecergasan pengguna disamping menawarkan pendekatan yang dikhususkan kepada matlamat yang diingini, menjejak kemajuan dan memberikan bimbingan melalui maklumat kecergasan peribadi dan petua pemakanan berkat usahasama baharu dengan pihak Whisk.
Ciri Personalised Heart Rate Zone baharu berfungsi menganalisis keupayaan fizikal individu dan mentakrifkan lima tahap keupayaan larian yang optimum untuk membantu pengguna menetapkan matlamat berdasarkan keupayaan mereka – daripada membakar lemak kepada senaman berintensiti tinggi. Selain lebih daripada 100 penjejak senaman yang sedia ada, ciri Track Run yang baru ditambah merekodkan bilangan larian pengguna di balapan, manakala ciri Custom Workout membolehkan pengguna membina dan menjejaki rutin senaman peribadi mereka.
Selain pemantauan tekanan darah dan elektrokardiogram, HR Alert membantu pengguna lebih memahami kesihatan jantung mereka dengan mengesan secara diam kadar denyutan jantung yang luar biasa.
Reka Bentuk Yang Diperhalusi, Milik Sempurna Anda
Dalam meningkatkan pengalaman peranti bolehpakai, siri Galaxy Watch6 menawarkan reka bentuk serba baharu yang memberikan pengalaman paparan yang lebih baik, kuasa yang lebih besar dan pilihan pengkhusuan yang lebih luas lagi selesa.
Membaca dan menulis ternyata lebih mudah dengan paparan yang bersaiz 20% lebih besar, mempamerkan lebih banyak teks pada skrin bersertakan papan kekunci yang lebih besar – kesemuanya disamping mengekalkan saiz peranti yang selesa. Paparan resolusi tinggi yang lebih berkuasa menawarkan kecerahan puncak 2,000 nit, ditambah dengan ciri pelarasan kecerahan Always On Display, membolehkan pengguna melihat dan melengkapkan lebih banyak aktiviti walaupun di bawah keadaan pencahayaan yang terlampau terang. Dikuasakan oleh pemproses dan memori yang dipertingkatkan, Galaxy Watch6 menyampaikan interaksi yang lebih lancar dan lebih pantas.
Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic masing-masing dilengkapi dengan bezel bersaiz 30% lebih langsing dan bezel berputar bersaiz 15% lebih nipis, meningkatkan keindahan bingkai bulatan. Siri Galaxy Watch6 menampilkan muka jam tangan bergaya, interaktif dan bermaklumat baharu yang memanfaatkan paparan besar dengan sepenuhnya, manakala jalur one-click baharu membolehkan pengguna mencampur dan memadankan jalur jam tangan dengan mudah. Dengan lebih 704 kombinasi unik, pengguna boleh memilih jam tangan sempurna mereka di Samsung.com. Contohnya, jalur ringan Fabric Band dan muka jam tangan Sleep Coaching boleh dipadankan untuk membantu anda memperoleh cerapan maklumat tidur peribadi dengan penuh keselesaan.
Siri Galaxy Watch6 hadir dengan saiz bateri yang lebih besar dan kadar penggunaan bateri yang lebih rendah untuk menyokong paparannya yang lebih besar dan lebih cerah, sesuai untuk menjejaki pola tidur sepanjang waktu malam.
Memaksimumkan Pengalaman Terus dari Pergelangan Tangan Anda
Siri Galaxy Watch6 membawa keupayaan yang lebih besar secara langsung kepada pergelangan tangan setiap pengguna. Samsung Wallet baharu pada Galaxy Watch6 menggabungkan Samsung Pay ke dalam jam tangan mereka. Kawalan Gesture Control yang telah dipertingkat membolehkan pengguna mengurus jam tangan mereka dengan mudah menggunakan gerak isyarat mudah untuk kebolehaksesan dan kemudahan yang lebih baik, membenarkan mereka menetapkan pintasan mereka sendiri dan mengakses aplikasi dan ciri lain tanpa sentuhan.
WhatsApp memudahkan pengguna Galaxy Watch untuk terus berhubung dengan rakan dan keluarga, semuanya tanpa perlu mengeluarkan telefon dari simpanan. Pengguna boleh kekal produktif secara langsung dari jam tangan mereka dengan aplikasi baharu termasuk Google Calendar dan Gmail, yang akan sedia ada secara eksklusif pada Wear OS.
Mereka juga boleh menjejaki kemajuan kecergasan atau data pemakanan dengan lebih mudah dengan kemaskini aplikasi Samsung Health, di samping menikmati pilihan penstriman tambahan dengan Audible yang akan datang tidak lama lagi. Bersama-sama dengan peranti Samsung yang lain, siri Galaxy Watch6 memperluaskan pengalaman pengguna dengan lebih jauh lagi.
Ciri Camera Controller yang dinaik taraf membolehkan kawalan jauh kamera Galaxy Z Flip5 yang dipasangkan untuk menyesuaikan mod, darjah sudut dan zum. Samsung Smart TV atau Galaxy Tab S9 menunjukkan kemajuan pengguna dalam masa nyata dengan program kecergasan atau kesedaran berpandu pada skrin besar. Pengguna juga boleh memilih sambungan Galaxy Buds2 Pro antara peranti Samsung melalui ciri Auto Switch. Sekiranya pengguna kehilangan telefon mereka, siri Galaxy Watch6 kini turut boleh menentukan lokasinya melalui ciri Find My Phone dengan sokongan peta.
Dan seperti biasa, data peribadi pada jam tangan kekal selamat berkat platform keselamatan Samsung Knox.
Ketersediaan
Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic akan sedia ada di seluruh Malaysia mulai 18 Ogos 2023.
Models | RRP | Warna |
Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE | RM1,799 | Silver, Black |
Galaxy Watch6 Classic 47mm BT | RM1,499 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE | RM1,699 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm BT | RM1,399 | |
Galaxy Watch6 44mm LTE | RM1,499 | Graphite, Silver |
Galaxy Watch6 44mm BT | RM1,199 | |
Galaxy Watch6 40mm LTE | RM1,399 | Graphite, Gold |
Galaxy Watch6 40mm BT | RM1,099 |
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic, sila layari: www.samsungmobilepress.com, news.samsung.com/my/ atau www.samsung.com/my/watches/
Ciri-Ciri Produk Galaxy Watch6 & Galaxy Watch6 Classic
Galaxy Watch6 | Galaxy Watch6 Classic | |
Warna | – 44mm: Graphite, Silver – 40mm: Graphite, Gold | – 47mm : Black, Silver – 43mm : Black, Silver |
Ukuran Dimensi & Berat | – 44mm: 42.8 x 44.4 x 9.0 mm, 33.3g – 40mm: 38.8 x 40.4 x 9.0 mm, 28.7g | – 47mm: 46.5 x 46.5 x 10.9 mm, 59.0g – 43mm: 42.5 x 42.5 x 10.9 mm, 52.0g |
Paparan | Sapphire Crystal – 44mm: 1.5-inch (37.3mm) 480×480 Super AMOLED, Paparan Always On Berwarna Penuh – 40mm: 1.3-inch (33.3mm) 432×432 Super AMOLED, Paparan Always On Berwarna Penuh | Sapphire Crystal – 47mm: 1.5-inch (37.3mm) 480×480 Super AMOLED, Paparan Always On Berwarna Penuh – 43mm: 1.3-inch (33.3mm) 432×432 Super AMOLED, Paparan Always On Berwarna Penuh |
Pemproses | Exynos W930 Dual-Core 1.4GHz | |
Memori & Storan | 2GB memori + 16GB storan | |
Bateri (umum) | Sehingga ke 40 jam (dengan Paparan Always On dimatikan) / Sehingga ke 30 jam (dengan Paparan Always On dihidupkan) | |
– 44mm: 425mAh – 40mm: 300mAh | – 47mm: 425mAh – 43mm: 300mAh | |
PengecasError: Reference source not found | Fast Charging (Pengecas nirwayar berdasarkan WPC) | |
OS | Wear OS Powered by Samsung (Wear OS 4) | |
UI | One UI 5 Watch | |
Penderia | Penderia Samsung BioActive (Kadar Jantung Optikal + Isyarat jantung Electrikal + Pencerapan Impedans Bioelectrik), Penderia Suhu, Penyukat Pecutan, Barometer, Penderia Gyro, Penderia Geomagnetik, Penderia Cahaya | Penderia Samsung BioActive (Kadar Jantung Optikal + Isyarat jantung Electrikal + Pencerapan Impedans Bioelectrik), Penderia Suhu, Penyukat Pecutan, Barometer, Penderia Gyro, Penderia Geomagnetik, Penderia Cahaya, Penderia 3D Hall |
Ketersambungan | LTE, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 2.4+5GHz, NFC, GPS/Glonass/Beidou/Galileo | |
Ketahanan | 5ATM + IP68 / MIL-STD-810H | |
Kesesuaian | Android 10 ataupun kemaskini selepasnya dengan keupayaan memori lebih daripada 1.5GB |