Utama Teknologi Keselamatan Amerika Syarikat dakwa Russia godam pilihanraya Presiden, usir 35 diplomat

Amerika Syarikat dakwa Russia godam pilihanraya Presiden, usir 35 diplomat

1100
1

Mantan Presiden Barack Obama telah mengarahkan 35 orang diplomat Russia diusir pula serta menutup dua buah premis Kedutaan Russia berikutan tuduhan mengganggu perjalanan pilihanraya presiden Amerika Syarikat yang diadakan baru-baru ini.

Diplomat-diplomat diberikan tempoh 72 jam untuk keluar sendiri dari Amerika Syarikat atau akan dihantar pulang ke negara asal jika gagal melakukannya dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat seperti CIA dan FBI dalam beberapa minggu yang lalu sedang membincangkan kemungkinan campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden. Tuduhan berkenaan hadir selepas kebocoran data Parti Demokrat yang membawa kepada kekalahan calonnya, Hillary Clinton.

Oleh yang demikian, pihak berkuasa Amerika Syarikat buat masa ini yakin bahawa Russia telah menggunakan cara peperangan siber bagi memastikan presiden Amerika Syarikat sekarang, Donal Trump menang pilihanraya. Tambahan pula, Donald Trump dilihat sebagai seseorang yang lebih mesra terhadap Russia berbanding presiden-presiden yang lalu.

Ini mungkin kali pertama kita melihat sebuah negara kuasa besar dunia mengganggu urusan demokratik sesebuah negara kuasa besar yang lain. Mungkin yang ini bukanlah yang terakhir boleh berlaku memandangkan Russia memiliki kekuatan yang ampuh untuk melakukan serangan-serangan siber.

Ia pernah terjadi sewaktu krisis Ukraine di mana Russia menggunakan serangan siber bagi melumpuhkan grid bekalan kuasa untuk membantu pemberontak. Serta melumpuhkan sistem komunikasi kerajaan Georgia sewaktu konfrontasi antara kedua-dua negara.

Sumber berita diperoleh dari Reuters

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.