Utama Android Oppo OPPO A60 dilancarkan secara rasminya di Malaysia dengan Harga bermula dari RM699

OPPO A60 dilancarkan secara rasminya di Malaysia dengan Harga bermula dari RM699

90
0

OPPO baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar baharunya, A60 ke pasaran Malaysia. Telefon pintar berharga bajet ini hadir dengan skrin 6.67-inci dengan kadar penyegara semula 90Hz.

Menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680, telefon pintar ini juga mempunyai RAM 8GB dan pilihan storan 128GB atau 256GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan kadar pengecasan 45W.

Pada bahagian belakangnya pula disediakan sepasang kamera dengan kamera utama 50MP dan kamera portret 2MP. Manakala di sebelah hadapannya pula terdapat sebuah kamera 8MP. Telefon pintar ini juga mempunyai penarafan kerintangan air dan debu IP54 yang membolehkan ia bertahan dengan percikan air.

OPPO A60 dijual pada harga bermula dari RM699 untuk pilihan storan 128GB dengan pilihan storan 256GB pula harganya adalah RM799. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.