Utama Monitor PRISM+ buka Kedai Jualan Terbesarnya di IOI City Mall Putrajaya

PRISM+ buka Kedai Jualan Terbesarnya di IOI City Mall Putrajaya

364
0
PRISM+-IOI-City-Mall-Putrajaya

PRISM+, jenama teknologi yang popular dengan monitor permainan berkomputer dan TV Android 4K berkualiti tinggi di kalangan pengguna akan membuka kedai jualan baharunya di IOI City Mall Putrajaya Jumaat ini.

Berukuran 1,193 kaki persegi, kedai jualan fizikal kedua PRISM+ ini merupakan yang terbesar di Malaysia dan berhampiran dengan penduduk di sekitar Lembah Klang.

Melihat kepada peningkatan dari tahun-ke-tahun sebanyak 45 peratus dari 2021 kepada 2022, pembukaan kedai jualan di IOI City Mall ini akan menjadi penanda aras pertama PRISM+ di Malaysia bagi tahun 2023.

Usaha promosi yang lebih giat

PRISM+-IOI-City-Mall-Putrajaya-2PRISM+ telah menggiatkan lagi usaha memperkenalkan pelbagai produk-produk baharunya ke pasaran tempatan yang sebelum ini sering dijalankan melalui platform perdagangan dalam talian. Kedai fizikal pertama PRISM+ di Malaysia sebelum ini telah dibuka di Sunway Pyramid.

“Malaysia merupakan pasaran yang penting buat kami dan jenama kami telah menerima sambutan yang amat menggalakkan,” ujar Pengarah PRISM+ Malaysia Eric Kim.

“Pembukaan kedai jualan PRISM+ IOI City Mall ini menunjukkan komitmen kami dalam melabur di pasaran ini dan memberikan kami lebih peluang menambah nilai kepada pelanggan-pelanggan di sini,” tambah beliau lagi.

Selain menawarkan barisan produk-produk keluaran jenamanya sendiri, kedai jualan ini juga menawarkan sejumlah peralatan permainan berkomputer terkini keluaran Logitech G seperti papan kekunci, tetikus dan set kepala. Ia bersesuaian bagi melengkapkan penawaran monitor permainan berkomputer yang sinonim dengan jenama PRISM+.

Bersempena pembukaan kedai jualan PRISM+ di IOI City Mall Putrajaya ini, PRISM+ akan menawarkan pemberian percuma beberapa produk baharunya, selain turut menyediakan diskaun khas untuk beberapa produk untuk 50 pelanggan pertamanya.

Berikut adalah tawaran promosi yang disediakan:

  • 1x PERCUMA F240n 24” 165Hz Gaming Monitor (bernilai RM629) bagi setiap pembelian PRISM+ Q55-QE 55” 4K Android TV yang berharga RM1,799
  • 1x PERCUMA Elevate Stand (bernilai RM299) bagi setiap pembelian X340 PRO 165Hz 34” Ultrawide Monitor berharga RM1,599
  • 1x PERCUMA Arc Lite Monitor Arm (bernilai RM229) bagi setiap pembelian X240 144Hz Gaming Monitor berharga RM599
  • W220v 22” Productivity Monitor berharga RM299.

Orang ramai dijemput untuk hadir ke acara pembukaan rasmi kedai jualan PRISM+ IOI City Mall akan diadakan pada 3 Februari 2023, jam 10 pagi. Maklumat lanjut mengenai produk-produk terkini, layari laman web rasmi PRISM+.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.