Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Samsung Galaxy AI kini tersedia untuk siri S22, Flip4, Fold4, dan Tab...

Samsung Galaxy AI kini tersedia untuk siri S22, Flip4, Fold4, dan Tab S8

219
0

Sebagaimana yang pernah dijanjikan sebelum ini, Samsung telah melancarkan fitur Galaxy AI ke peranti-peranti lama keluarannya di Malaysia. Eksklusif untuk siri Galaxy S24 pada awalnya, ciri ini kemudiannya hadir ke peranti tertentu yang dikeluarkan Samsung pada tahun lalu.

Kini sistem AI buatan Samsung ini boleh dinikmati oleh pengguna siri Galaxy S22, Galaxy Z Flip4, Z Fold4, serta siri Tab S8 dengan memuat turun kemas kini firmware One UI 6.1 yang terkini.

Kebanyakan fitur Galaxy AI yang pertama kali diperkenalkan pada Galaxy S24 tahun ini akan hadir juga ke peranti-peranti berkenaan. Fitur-fitur tersebut termasuklah Chat Assist, Note Assist, Transcript Assist, Browsing Assist, Photo Assist, dan fungsi Circle To Search dari Google. Cuma, fitur Live Translate tidak tersedia untuk siri Galaxy Tab S8.

Sekiranya anda tidak menerima notifikasi pengemaskinian peranti, anda boleh memuat turun One UI 6.1 secara manual dengan menuju ke Setting dan kemudian pilih “Software Update”. Seterusnya, ketik “Download and Install”, dan kemudian ikuti arahan di skrin untuk menerima kemas kini firmware pada peranti anda.

Bagi pengguna siri Galaxy S21 serta Galaxy Z Flip3 dan Z Fold3, anda mungkin perlu menunggu agak lama sedikit untuk menikmati AI Galaxy. Tiada maklumat mengenai bilakah kemas kini firmware yang berkaitan akan dikeluarkan. Namun untuk ketiga-tiga peranti yang dinyatakan tadi hanya akan menerima dua fitur daripada Galaxy AI – Magic Rewrite dan Circle to Search.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.