Utama Mobile Aplikasi Astro pegang Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris sekali lagi; Sehingga tahun 2025

Astro pegang Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris sekali lagi; Sehingga tahun 2025

441
0
Astro Sports Pack April Promo

Astro pada hari ini telah mengumumkan pihaknya kini memegang hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris di Malaysia sekali lagi. Sebagaimana yang pernah dilakukan pada tahun 2018 sebelum ini, Astro akan memegang hak ini selama tiga musim, iaitu sehingga 2025.

Ini bermakna, Liga Perdana Inggeris akan terus ditayangkan menerusi Astro di Malaysia sehingga musim 2024/2025. Pengumuman ini hadir sejurus penawaran akses percuma selama 60 hari bagi pelanggan Sports Pack baharu.

Secara amnya, Astro Sports Pack merupakan gabungan kandungan pakej asas dengan sukan. Dikenali sebagai Primary Pack, pakej asas ini menyediakan 85 saluran, manakala kandungan sukan pula disediakan menerusi 10 saluran termasuk lima saluran Astro SuperSport, tiga saluran oleh bEIn Sports, SPOTV, dan Eurosport HD.

Sports Pack juga didatangkan dengan akses ke aplikasi Astro GO dan kandungan 4K melalui saluran Astro UHD 780. Untuk harganya, pek ini kini ditawarkan pada RM89.99 sebulan.

Maklumat lanjut, kunjungi laman web Astro: https://shop.astro.com.my/sports-pack/details

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.