Samsung dijangka bakal mampu menghasilkan bateri solid state yang selamat untuk digunakan pada telefon pintar dalam tempoh selewatnya-lewatnya dua tahun akan datang. Bateri solid state dikatakan tahan lebih lama selain tempoh penggunaan yang lebih panjang berbanding bateri lithium-ion yang digunakan secara meluas pada masa ini.

Menurut Samsung SDI kepada pemberita The Korean Herald;

“Our technological level to produce a solid-state battery for smartphones will be mature enough in one to two years. However, it depends on Samsung Electronics whether it will be used for phones. (…) As far as I know, the level of battery technology of our rival firm (LG Chem) is also similar to us.”

Bateri solid state tidak menggunakan cecair untuk mengalirkan ion-ion sebagaimana yang terdapat pada bateri Li-ion. Oleh sebab itu, bateri Li-ion lebih mudah terbakar dan meletup jika cecair di dalamnya bertindak balas dengan udara atau air di luar kerangka bateri. Jika anda masih ingat, perkara ini pernah berlaku pada bateri-bateri Samsung Galaxy Note 7 hingga memaksa jualannya dipanggil semula.

Perkara ini sukar untuk berlaku pada bateri solid state disebabkan oleh elektrolit pepejal yang digunakan adalah lebih sukar untuk terbakar.

Bateri solid-state boleh digunakan pada telefon pintar dan juga kenderaan. Sungguhpun bateri solid state dijangkakan boleh digunakan pada telefon pintar untuk tempoh selewat-lewatnya dua tahun akan datang, bateri solid state pada kenderaan memerlukan ujian keselamatan yang lebih panjang. Bateri solid-state pada kenderaan dijangkakan bakal hadir sekitar tahun 2025.

Sumber berita diperoleh dari The Korean Herald

Tinggalkan komentar