Samsung akan mengadakan satu lagi Galaxy Event pada 4 September yang kali ini diadakan secara maya sepenuhnya menerusi laman web rasmi, dan YouTube rasminya.
Di dalam jemputan rasmi, Samsung menyatakan akan memperkenalkan “pengalaman mudah alih yang lebih lancar pada peranti-peranti yang lebih luas”. Turut dinyatakan bersama, “tablet AI premium” dan “anggota baharu keluarga Galaxy S25”.
Menerusi video yang diterbitkan baru-baru ini, Samsung menggunakan slogan “AI for All” untuk acara tersebut. Memberikan bayangan lebih banyak peranti dengan keupayaan AI atau alatan AI yang lebih beraneka ragam.
Terdapat kemungkinan Galaxy S25 FE akan diperkenalkan secara rasmi di dalam acara tersebut. Selain itu, kebarangkalian untuk pelancaran siri Galaxy Tab S11 juga agak tinggi jika mengambil kira pernyataan mengenai tablet premium di dalam jemputan rasminya.
Untuk anda yang berminat untuk menonton Galaxy Event, kunjungi laman web rasmi, dan YouTube rasmi Samsung pada 4 September 2025, jam 5.30 petang waktu Malaysia.