KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – HONOR X9a 5G yang dilancarkan pada awal Januari mendapat sambutan memberangsangkan sehingga kehabisan stok berikutan ramai tertarik dengan skrin OLED kukuh yang ditawarkan model baharu Siri X ini. Namun, jangan bimbang, HONOR X9a 5G sudah distok semula dan peranti ini boleh dibeli di kedai HONOR, pengedar sah dan Maxis.
Sementara itu, sempena sambutan Tahun Baru Cina, HONOR Malaysia ini mengadakan promosi hingga 5 Februari 2023 yang mana pembeli mendapat HONOR CHOICE Earbuds X3 dan jaminan skrin retak selama 180 hari secara percuma apabila membeli HONOR X9a 5G.
Ingin memberi hadiah kepada saudara mara dan sahabat pada perayaan ini? Anda boleh memilih HONOR X9a 5G dan berikut 3 sebab kenapa peranti ini hadiah terbaik untuk mereka.
Isi Kandungan
#1. Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh, terbaik untuk maraton tonton filem-filem Blockbuster
HONOR X9a 5G didatangi dengan skrin melengkung OLED 6.67 inci, 1.07 bilion warna, kadar segar semula 120Hz, pemalapan frekuensi tinggi 1920Hz PWM dan kecerahan 800nit. Ciri tersebut sudah setaraf telefon pintar Flagship pada harga di bawah RM1,500 sahaja.
Anda pasti berpuas hati menyaksikan filem-filem Blockbuster Tahun Baru Cina dengan HONOR X9a 5G, seolah-olah berada di pawagam. Mana tidak, skrin melengkung peranti ini mempunyai lengkungan 45° dan dihasilkan daripada kaca Super Reinforced setebal 0.65mm bagi memberi pengalaman menonton skrin besar yang mengasyikkan, pada masa menjadikan skrin tahan jatuh.
#2. Kapasiti bateri besar 5100mAh, tahan sehingga dua hari
Meskipun dengan kapasiti bateri besar 5100 mAh, HONOR X9a 5G sangat sesuai digunakan pada sambutan Tahun Baru Cina kerana badan nipis dan beratnya hanya 175 grams memudahkan pengguna membawanya ke mana-mana. Mengenai soal bateri, pengguna tidak perlu bimbang kerana HONOR X9a 5G mampu bertahan sehingga dua hari dengan sekali cas.
Jangka hayat panjang bateri HONOR X9a 5G turut menerima pengiktirafan DXO MARK Gold Label. Dengan bateri sebanyak 43% sudah mencukupi untuk penggunaan sehari, sekaligus menyelesaikan masalah bateri cepat habis yang sering dihadapi ramai pengguna telefon pintar.
#3. Kapasiti storan besar 13GB+256GB, seronok merakam gambar bersama keluarga
HONOR X9a 5G mempunyai teknologi pengembangan storan pintar HONOR RAM Turbo dan dimuatkan dengan pengembangan maya 8GB+5GB untuk kelancaran berbilang tugas. Aplikasi latar belakang tidak perlu ditutup kerana HONOR X9a 5G mempunyai ruang storan 256GB yang bersamaan dengan menyimpan lebih 60,000 gambar atau lebih 950 episod siri. HONOR X9a 5G sememangnya terbaik untuk merakam detik-detik manis sambutan Tahun Baru Cina.
Di samping HONOR X9a 5G, promosi Tahun Baru Cina HONOR Malaysia juga termasuk cabutan bertuah untuk berpeluang memenangi DJI OM 4 SE bagi setiap pembelian komputer riba dan telefon pintar HONOR, selain membawa pulang hadiah percuma dan nikmati diskaun istimewa.
Berikut senarai promosi produk-produk HONOR:
Produk | Harga Runcit | Harga Promosi | Hadiah Percuma |
HONOR 70 | RM1,999 | RM1,999 | HONOR Band 6 |
HONOR X9a | RM1,499 | RM1,499 |
|
HONOR X7a | RM799 | RM799 |
|
HONOR X9 (5G) | RM1,299 | RM1,199 | HONOR Choice X3 Lite |
HONOR X8 (4G) | RM899 | RM849 | HONOR Choice X3 Lite |
HONOR Magic4 Pro | RM3,999 | RM3,699 | Sarung PU HONOR Magic4 Pro |
HONOR MagicBook 16 | RM4,299 | RM2,999 |
|
HONOR MagicBook 14 AMD (16+512) | RM3,299 | RM2,499 |
|
HONOR MagicBook 14 AMD (8+512) | RM2,999 | RM2,299 |
|
HONOR MagicBook 14 AMD (8+256) | RM2,499 | RM1899 |
|
HONOR MagicBook 14 2022 | RM4,299 | RM4,299 |
|
HONOR MagicBook 14 2022 (RTX2050) | RM5,099 | RM5,099 |
|
HONOR MagicBook X 15 (i3) | RM2,399 | RM2,299 |
|
HONOR MagicBook X 15 (i5) | RM2,899 | RM2,799 |
|
HONOR MagicBook X 14 (i3) | RM2,599 | RM2,599 |
|
HONOR Pad 8 | RM1,399 | RM1,399 | Sarung lipat HONOR Pad 8 |
HONOR Pad X8 | RM899 | RM899 | Sarung lipat HONOR Pad X8 |