Utama Teknologi Keselamatan Amerika Syarikat akan haramkan penjualan Perisian Antivirus Kaspersky

Amerika Syarikat akan haramkan penjualan Perisian Antivirus Kaspersky

230
0
Kaspersky Logo

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Biden telah mengumumkan rancangan untuk mengharamkan perisian antivirus yang dihasilkan oleh Kaspersky Lab yang berpangkalan di Russia.

Syarikat berkenaan tidak boleh menjual produknya kepada pelanggan-pelanggan baharu di AS bermula Julai ini dan tidak boleh menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan sedia adanya selepas September.

Menurut Setiauasa Perdagangan AS Gina Raimondo, pengaruh Russia ke atas Kaspersky memberikan ancaman keselamatan yang besar.

Keputusan pengharaman produk-produk dari syarikat terbabit berpunca dari kebimbangan akses mendalam perisian terbabit pada sistem komputer yang berpotensi untuk digunakan bagi tujuan mencuri maklumat sulit atau memasang malware. Hal ini kerana pelanggan utamanya turut melibatkan penyedia prasarana kritikal serta agensi-agensi kerajaan negeri dan tempatan.

Reuters melaporkan Kaspersky telah memberikan maklumbalas yang membidas keputusan ini dipengaruhi oleh kebimbangan situasi geopolitik semasa dan bukannya berdasarkan penilaian produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkannya.

Pihak syarikat berkenaan juga kekal dengan pendirian operasinya tidak akan mengancam keselamatan negara AS dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi meneruskan perniagaannya.

Tindakan pihak berkuasa menyekat dan mengehadkan akses kepada teknologi dan perisian dari “negara-negara yang tidak sebulu” dengan AS ini mula dilaksanakan pada pentadbiran Presiden Trump sebelum ini.

Raimondo juga menambah Jabatan Perdagangan juga akan memasukkan dua unit Kaspersky di Russia dan satu unit di UK di dalam senarai entiti kerana didakwa bekerjasama dengan perisikan ketenteraan Russia untuk menyokong matlamat perisikan siber Moscow.

Sekatan baharu ini yang akan mula dilaksanakan pada 29 September ini memberikan tempoh selama 100 hari untuk perniagaan mencari alternatif lain dengan perniagaan baharu AS untuk Kaspersky akan disekat 30 hari selepas sekatan tersebut diumumkan. Selain itu, jualan produk-produk white label yang berintegrasi dengan perisian Kaspersky juga akan disekat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.