Utama Mobile Android Jualan Pertengahan Tahun 7.7: Redmi Note 9 kini berharga RM549

Jualan Pertengahan Tahun 7.7: Redmi Note 9 kini berharga RM549

553
0

Bersempena Jualan Pertengahan Tahun 7.7 yang berlangsung hari ini, Xiaomi menawarkan Redmi Note 9 pada harga RM549. Potongan sebanyak RM100 dari harga asalnya iaitu RM649.

Redmi Note 9 dilengkapkan dengan RAM 3GB dan storan dalaman 64GB, bersama-sama paparan Full HD+ Corning Gorilla Glass 5 6.53-inci. Di dalamnya, telefon ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85.

Untuk kamera, modulnya terdiri daripada lensa utama 48MP, lensa ultralebar 8MP, makro 2MP, dan lensa berkedalaman 2MP. Di bahagian depan, terdapat kamera swafoto 13MP yang ditempatkan pada bahagian berpenebuk lubangnya.

Potongan harga ini bagaimanapun ditawarkan pada varian 3GB + 64GB sahaja. Bagi varian 4GB + 128GB, ianya ditawarkan pada harga biasanya iaitu RM749. Ianya ditawarkan secara khusus menerusi laman rasmi Xiaomi di LazMall. Tidak ketinggalan, Shopee juga menawarkan promosi yang hampir sama dengan harga RM599.

Tinggalkan komentar