Redmi Note 7 secara rasminya bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia bermula 19 Mac 2019 nanti. Berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh pihak Xiaomi Malaysia melalui akaun rasmi Facebook, Redmi Note 7 akan juga dikenali dengan nama yang sama untuk pasaran Malaysia.
Berdasarkan maklumat awal, dijangkakan versi untuk pasaran Malaysia ini sama dengan versi pasaran global yang menawarkan kamera utama 48MP dengan penderia Sony dan bukannya dari Samsung.
Setakat ini, harga untuk peranti yang menggunakan kuasa pemprosesan Snapdragon 675 ini masih lagi belum diumumkan. Sama-sama kita tunggu maklumat lanjut mengenai telefon pintar ini pada pelancaran rasminya 19 Mac ini.
Sumber berita diperoleh dari Mi Malaysia