Utama Mobile Android Redmi 7A terima persijilan TENAA

Redmi 7A terima persijilan TENAA

609
0

Redmi, sub-jenama Xiaomi, tidak lama lagi akan melancarkan sebuah telefon pintar peringkat permulaan di pasaran negara asalnya, China. Agensi pengawalseliaan telekomunikasi China, TENAA baru-baru ini telah memperakukan model telefon pintar Redmi terbaru yang bernombor M1903C3EC. Ramai pihak berspekulasi bahawa peranti tesebut adalah model yang akan dilancarkan sebagai Redmi 7A.

Imej yang dipaparkan di laman TENAA menujukkan Redmi 7A akan kelihatan sedikit berbeza dengan Redmi 7. Malah, telefon pintar berkenaan lebih mirip dengan versi terdahulunya, Redmi 6A. Menurut TENAA, Redmi 7A akan dilengkapkan dengan paparan LCD 5.45 inci beresolusi 720 x 1440 HD + dan nisbah aspek 18: 9.

Telefon pintar tesebut juga dinyatakan mempunyai chipset lapan-teras berfrekuensi 1.4 GHz. Untuk memoirnya pula , TENAA menyenaraikan Redmi 7A akan hadir dengan tiga varian: 2GB + 16GB, 3GB + 32GB, dan 4GB + 64GB. Sebagimana telefon pintar Redmi lain yang dilancarkan setakat tahun ini, Redmi 7A akan dioperasikan dengan Xiaomi MIUI 10 yang berasaskan Android Pie.

Dari segi fotografi, Redmi 7A menyediakan ciri yang sama dengan versinya terdahulu, kamera belakang 13MP dan kamera swafoto 5MP. Bagaimanapun, Redmi 7A dijangka menerima peningkatan dari segi kapasiti baterinya. Berbanding Redmi 6A yang mempunyai bateri 3000mAh, Redmi 7A disenaraikan mempunyai bateri berkapasiti 3900mAh. Telefon pintar ini bakal ditawarkan dalam pilihan warna hitam, biru, merah, merah jambu, putih, hijau, kelabu, dan warna ungu kelak.

Sumber berita diperoleh dari MySmartPrice

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.