Utama Perkhidmatan Pemandu Perkhidmatan Seru Pandu, Grab kini boleh ambil kelas PSV secara atas...

Pemandu Perkhidmatan Seru Pandu, Grab kini boleh ambil kelas PSV secara atas talian

984
0

Menjelang penguatkuasaan peraturan e-hailing baru yang ditetapkan pada 12 Julai tahun ini, pemandu-pemandu perkhidmatan seru pandu seperti Grab dikehendaki menjalani kursus Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV). Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan mengumumkan kursus wajib diambil selama 6 jam berkenaan boleh diikuti secara atas talian.

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, pemandu perkhidmatan seru pandu seperti Grab – tidak perlu menghadiri kursus berkenaan secara fizikal dan boleh mempelajari modul yang disediakan dari rumah.

Seiring dengan peredaran zaman, kursus PSV secara atas talian ini dapat menjimatkan enam jam masa yang diperuntukkan jika dijalankan secara fizikal.

Walau bagaimanapun, pemandu masih lagi diwajibkan untuk menduduki peperiksaan PSV selepas menamatkan kursus. Peperiksaan berkenaan yang memperuntukkan masa selama 1 jam sahaja untuk disiapkan.

Untuk makluman, pemandu Grab yang mengambil ujian akan diberikan bantuan RM50 untuk latihan. Selain itu, pihak Grab juga akan menanggung kos pemeriksaan awal RM70 bagi kenderaan yang berusia tiga tahun dan ke atas.

Maklumat lanjut mengenai bantuan khas ini boleh mengunjungi laman rasmi Grab.

Sumber berita diperoleh dari The New Straits Times

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.