Utama Android Realme realme C51 kini rasmi di Malaysia; Harga Promosi RM529 sehingga 8 Oktober...

realme C51 kini rasmi di Malaysia; Harga Promosi RM529 sehingga 8 Oktober 2023

100
0

realme secara rasminya telah melancarkan telefon pintar peringkat pemula baharunya realme C51 di pasaran Malaysia. Telefon pintar ini hadir dengan rekaan minimalis dengan kerangka yang rata pada semua sisinya.

Menampilkan skrin paparan LCD 6.7-inci dengan resolusi 720 x 1600 piksel, telefon pintar ini mempunyai kadar penyegaran semula skrin 90Hz dan kadar kecerahan puncak 560 nits.

Rekaan realme C51 dilihat mengambil inspirasi dari rekaan iPhone dengan menampilkan ciri Mini Capsule pada bahagian takuk paparan hadapannya. Malah, tatasusunan kamera-kamera di belakangnya juga kelihatan seperti iPhone.

Lain-lain ciri yang disediakan oleh telefon pintar ini termasuklah pengimbas cap jari pada bahagian sisi, pembesar suara “Ultraboom”, bicu audio 3.5mm, dan port USB-C 2.0. Untuk ketersambungan nirwayarnya pula, ia menawarkan sokongan teknologi WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.3 dan NFC.

Di dalamnya pula, realme C51 menggunakan pemprosesan Unisoc Tiger T612 bersama-sama RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia juga menawarkan slot kad mikroSD sehingga 2TB dan RAM maya sehingga 8GB. Baterinya yang berkapasiti 5,000mAh turut menyokong pengecasan SUPERVOOC 33W yang mampu dicaskan sehingga 50% kapasitinya dalam tempoh 28 minit.

Kamera realme C51 hadir dengan dwi-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 0.8MP. Walaupun kelihatan seperti memiliki tiga kamera, modul ketiga yang kelihatan pada bahagian belakangnya itu hanyalah lampu flash sahaja. Di depannya pula disediakan kamera 5MP.

Harga realme C51 di Malaysia

Ditawarkan dengan pilihan warna Mint Green dan Carbon Black, realme C51 mula dijual hari ini pada harga RM 549 di ShopeeLazada dan TikTok serta wakil pengedar yang sah di seluruh negara.

  • realme C51 (RAM 4GB, storan 128GB) – RM549

Bersempena pelancarannya, realme C51 dijual pada harga RM529 sehingga 8 Oktober 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.