Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Xiaomi Watch 2 Pro dan Xiaomi Smart Band 8 dilancarkan di Malaysia

Xiaomi Watch 2 Pro dan Xiaomi Smart Band 8 dilancarkan di Malaysia

102
0

Xiaomi telah melancarkan siri jam tangan pintar baharunya ke pasaran Malaysia baru-baru ini melalui Xiaomi Watch 2 Pro dan Xiaomi Smart Band 8.

Xiaomi Watch 2 Pro

Untuk Watch 2 Pro, jam tangan pintar ini hadir dengan Wear OS terkini daripada Google. Ia membolehkan anda mengakses aplikasi-aplikasi Google di mana sahaja pada bila-bila masa terus dari jam tangan pintar anda.

Ia juga hadir dengan 5 sistem GNSS dwi-jalur yang membantu menjejak larian anda dengan lebih tepat. Selain itu, ciri Advanced Health dan penjejakan senaman membolehkan anda memantau kadar nadi, tahap SPO2, kualiti tidur anda dan banyak lagi.

Jam tangan pintar yang menggunakan cip Qualcomm Snapdragon W5+ Gen 1 ini turut menampilkan paparan AMOLED 1.43-inci beresolusi 466 x 466 dan 326 PPI.

Dua pilihan warna disediakan untuk jam tangan pintar Xiaomi terkini melalui Perak dengan tali jam kulit Perang dan Hitam dengan tali jam Fluorubber Hitam. Apa yang menarik dengan jam tangan pintar ini ia hadir dengan pemutar dan dua butang fizikal bagi memudahkan pengendaliannya.

Bateri jam tangan pintar ini hadir dengan kapasiti 495mAh dan mampu bertahan sehingga 65 jam.

Harga Xiaomi Watch 2 Pro di Malaysia

Xiaomi Watch 2 Pro dijual pada harga bermula dari RM1,199 di pasaran Malaysia. Buat masa ini masih belum diketahui bilakah ia akan mula dijual di pasaran.

Xiaomi Smart Band 8

Seterusnya, Xiaomi Smart Band 8 yang menggunakan sistem operasi Android 6.0 mempunyai skrin sesentuh AMOLED 1.62-inci beresolusi 192 x 490 piksel. Ia mempunyai tahap kecerahan sehingga 600 nits dan mampu bertahan sehingga 16 hari melalui baterinya yang berkapasiti 190mAh.

Jam tangan pintar ini juga menyokong 150 jenis mod sukan dan mempunyai penarafan 5ATM untuk kerintangan air. Permukaannya juga diperkasakan dengan Corning Glass GG3 dengan kerangka tengah logam. Dua warna ditawarkan bagi jam tangan ini iaitu Emas dan Hitam Grafit.

Harga Xiaomi Smart Band 8 di Malaysia

Xiaomi Smart Band 8 berharga RM 199 di Malaysia dan mula dijual hari ini 27 September 2023. Bersempena promosi pengenalannya, anda boleh mendapatkannya pada harga RM159 sahaja bermula dari 27 September sehingga 22 Oktober 2023 di Lazada dan Shopee.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.