realme C33 secara rasminya telah hadir ke pasaran Malaysia dengan menawarkan kamera 50MP dan bateri 5,000mAh. Ia boleh dianggap sebagai telefon pintar peringkat pemula dengan spesifikasi yang baik bagi kategorinya.
Telefon pintar ini dilengkapkan dengan skrin LCD 6.5-inci dengan nisbah kerangka-ke-badan 88.7%. Di dalamnya, ia menggunakan cipset Unisoc T612 bersama-sama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB. Baterinya yang hanya menyokong pengecasan sehingga 10W melalui port mikroUSB pula berkapasiti 5,000mAh.
Selain it, realme C33 membawakan tetapan dwi-kamera pada belakangnya yang mengandungi satu kamera utama 50MP dan satu kamera makro 2MP. Pada hadapannya pula menawarkan kamera 5MP untuk kegunaan swafoto dan panggilan video.
Lain-lain ciri yang disediakan pada telefon pintar ini termasuklah pengimbas cap jari pada bahagian sisinya, dua slot kad SIM, dan Bluetooth 5.0. Perisiannya pula menggunakan realme UI S yang berasaskan Android 12.
Harga realme C33 di Malaysia
realme C33 berharga RM559 yang ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Night Sear. Ia mula dijual pada 7 Oktober ini secara dalam talian dan juga melalui wakil-wakil pengedar yang sah.