Siri Xiaomi 12T dijangka akan dilancarkan secara global pada 4 Oktober ini dengan pelbagai desas-desus mengenainya telah mula diperkatakan. Beberapa info mengenainya dikatakan sahih akan muncul pada model telefon pintar tersebut.
Antaranya mengenai kameranya yang telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi Lei Jun.
Menurut beliau, siri Xiaomi 12T akan menampilkan sistem kamera 200MP dan turut menjelaskan tujuan pihaknya memberikan tumpuan terhadap pembangunan kamera adalah disebabkan kerana ia merupakan salah satu faktor utama tarikan pembeli.
Hardware used to be our main focus. In recent years, we moved into the next phase of our strategy, which aims to deeply integrate software and hardware for a better experience. Only with deep integration can Xiaomi achieve new breakthroughs. pic.twitter.com/3pBErqA3QS
— Lei Jun (@leijun) September 28, 2022
Dalam pada masa yang sama, terdapat foto tertiris dalam talian yang menunjukkan kotak jualan siri Xiaomi 12T. Kotak berkenaan hadir dengan adapter pengecas 120W, bersama-sama kabel USB-A ke USB-C. Kemungkinan besar telefon pintar siri ini sekali lagi menawarkan sokongan pengecasan 120W.
Here's the Xiaomi 12T Series retail box.
-White colored box with golden accent fonts
-120W Adapter & USB-A to USB-C cable provided in the box itself pic.twitter.com/76q0IIBikF— Sudhanshu Ambhore (@Sudhanshu1414) September 29, 2022
Kotak tersebut juga tertera 8GB + 128GB dan juga 108MP untuk Xiaomi 12T. Boleh jadi hanya Xiaomi 12T Pro yang menerima kamera 200MP dan ini merupakan satu lonjakan yang besar dari siri Xiaomi 12 yang menampilkan kamera 50MP.
Xiaomi 12T akan dilancarkan pada 4 Oktober 2022 dan akan disiarkan secara langsung pada jam 8 malam waktu Malaysia di Facebook dan Youtube rasmi Xiaomi.