Utama Android Realme Realme Buds Air 2 akan ke Malaysia April ini, Berharga RM 199

Realme Buds Air 2 akan ke Malaysia April ini, Berharga RM 199

620
0
Realme Buds Air 2 Black

Realme baru-baru ini telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan Buds Air 2 baharu di Malaysia bulan depan. Berdasarkan spesifikasi yang dinyatakan di laman web Realme Malaysia, putik telinga nirwayar sebenar ini menawarkan pelbagai pembaharuan.

Sekilas pandang, Buds Air 2 lebih mewarisi keupayaan Buds Air Pro berbanding Buds Air asal. Dikuasakan oleh cip R2 baharu, model generasi kedua ini membawakan rekaan dalam-telinga dan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) sehingga 25db.

Dilengkapkan dengan sepasang pemacu 10mm yang menurut Realme dilapisi dengan salutan karbon untuk lebih ketahanan. Buds Air 2 juga menawarkan mod Bass Boost+ yang dihasilkan secara usahasama dengan kugiran EDM terkemuka, The Chainsmokers.

Putik telinga nirwayar sebenar ini juga mencapai piawaian IPX5 yang membolehkannya bertahan untuk digunakan di saat anda berpeluh.

Dari segi ketahanan baterinya, putik telinga nirwayar ini mampu bertahan sehingga 4 hingga 5 jam, bergantung pada ANC dihidupkan atau dimatikan. Waktu keseluruhan penggunaannya juga boleh mencapai sehingga 25 jam jika digunakan bersama-sama bekas simpanannya. Terdapat juga fungsi pengecasan pantas yang membolehkan anda menggunakannya selama 2 jam selepas 10 minit mengecas.

Realme Buds Air 2 akan dijual pada harga RM199 di kedai jenama Realme dan wakil pengedar yang sah di seluruh negara bermula 3 April 2021.

Bagi anda yang ingin mendapatkannya secara dalam talian, anda boleh mendapatkannya menerusi Lazada bermula 8 April ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.