Utama Mobile Android Realme 7 akan dilancarkan di Malaysia 24 September ini

Realme 7 akan dilancarkan di Malaysia 24 September ini

500
0

Baru-baru ini Realme Malaysia telah mengumumkan telefon pintar baharunya, siri Realme 7 akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada 24 September ini. Menerusi siri tersebut, dua model bakal dilancarkan – Realme 7 dan Realme 7 Pro.

Apa yang menarik pada siri telefon pintar Realme terbaru ini adalah kedua-dua modelnya menawarkan kamera utama 64MP di bahagian belakangnya.

Hadir dengan paparan IPS LCD 6.5-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, Realme 7 dikuasakan oleh cipset Helio G95, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Selain itu, model ini juga dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

Manakala model Realme 7 Pro pula dikuasakan oleh cipset Snapdragon 720G bersama-sama RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 128GB. Telefon pintar ini turut menawarkan paparan Super AMOLED FHD+ 6.4-inci bersama-sama bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Dijangkakan, lebih banyak maklumat lanjut mengenai Realme 7 bakal hadir menjelang tarikh pelancarannya di Malaysia, 24 September ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.