Utama Android Realme realme 11x 5G dilancarkan, Hadir dengan Cip Dimensity 6100, LCD 120Hz, Kamera...

realme 11x 5G dilancarkan, Hadir dengan Cip Dimensity 6100, LCD 120Hz, Kamera 64MP

446
0

realme baru-baru ini melancarkan telefon pintar peringkat menengah baharunya di India, realme 11x 5G dengan menampilkan spesifikasi yang kompetitif pada harga mampu milik.

Di dalamnya, telefon pintar ini dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 6100 bersama-sama RAM 8GB dan storan 128GB. Ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W melalui port USB-C.

Untuk paparannya, ia dilengkapkan dengan LCD 120Hz 6.72-inci beresolusi FHD+ dan tahap kecerahan sehingga 650 nits. Skrinnya mempunyai paparan berpenebuk lubang yang menempatkan kamera hadapan 8MP.

Pada bahagian belakangnya menempatkan dwi-kamera dengan kamera utamanya 64MP dan kamera berkedalaman 2MP. Lain-lain spesifikasinya termasuklah ketersambungan rangkaian 5G, dwi-SIM, Bluetooth 5.2, bicu audio 3.5mm, slot kad mikroSD, dan pengimbas cap jari pada bahagian sisi. Warnanya pula terdapat dalam pilihan Purple Dawn dan Midnight Black.

Di India, realme 11x 5G berharga Rs. 14999 (~RM844) untuk varian 6/128GB dan Rs. 15999 (~RM900) untuk varian 8/128GB. Setakat ini realme masih belum mengumumkan ketersediaan peranti ini ke pasaran global lain termasuk Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.