Utama Microsoft Bahasa Pengaturcaraan Python akan hadir di dalam Microsoft Excel

Bahasa Pengaturcaraan Python akan hadir di dalam Microsoft Excel

68
0

Microsoft mendedahkan bahasa pengaturcaraan Python akan hadir di dalam Microsoft Excel bagi memantapkan lagi penawaran fungsi analisis dan visualisasi data.

Menerusi hantaran blog baharu di dalam forum komuniti Microsoft, syarikat berpangkalan di Redmond ini menyatakan pihaknya akan membawakan Python ke dalam Excel. Menurutnya, sokongan ini membolehkan pengguna menggabungkan kuasa analisis data dan pustaka visualisasi Python dengan fungsi teras Excel.

Pengguna tidak perlu memasang sebarang pemalam (extensions) atau mengubah tetapan di dalam Excel. Sebaliknya fungsi tersebut akan ditawarkan terus menerusi tab riben (ribbon) pada sebelah atas perisian terbabit.

https://youtu.be/H4XbvL8Mglc

Kolaborasi dengan rakan sekerja melibatkan Python dan Excel juga lebih mudah dengan berkongsikan lembaran kerja menerusi Microsoft Teams dan Outlook. Rakan yang berkongsi fail Excel berkenaan juga boleh melihat analisis Python dalam Excel berkenaan walaupun tidak mempunyai Python di dalam versi Excel miliknya.

Para penganalisis dijangka dapat menerima manfaat visualisasi lanjutan pada Python di dalam Excel menerusi pelbagai alatan pembelajaran mesin dan analitik prediktif serta pembersihan data yang lebih cekap.

Python di dalam Excel (Python in Excel) sedang diperkenalkan secara Public Preview kepada peserta program Microsoft 365 Insiders Beta terlebih dahulu sebelum menyusul ke Excel untuk Windows.

SUMBERMicrosoft Tech Community
Artikel sebelum iniBuka Lipatan Dunia Permainan Mudah Alih dengan Galaxy Z Fold 5
Artikel seterusnyarealme 11x 5G dilancarkan, Hadir dengan Cip Dimensity 6100, LCD 120Hz, Kamera 64MP
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.