Utama Mobile Aplikasi Bank Negara Malaysia umumkan 5 Penerima Lesen Bank Digital; AEON, Sea +...

Bank Negara Malaysia umumkan 5 Penerima Lesen Bank Digital; AEON, Sea + YTL, Boost + RHB antara yang menerima

600
0

Bank Negara Malaysia (BNM) secara rasminya telah mengumumkan senarai penerima lesen bank digital. Bank pusat berkenaan sebelum ini pernah menyatakan telah menerima sejumlah 29 permohonan untuk lima lesen yang dibuka untuk dimohon.

Kesemua pemohon yang berjaya menerima lesen berkenaan merupakan gabungan-gabungan dari beberapa konsortium.

Berikut adalah senarai penerima-penerima lesen digital di Malaysia:

  • Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad
  • Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd
  • Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
  • Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc.
  • Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Tiga konsortium pertama dari senarai di atas akan mengkhususkan pada perbankan digital konvensional, manakala dua lagi di bawahnya meyediakan perbankan digital Islamik.

Kesemua yang terlibat perlu melakukan pelbagai langkah persediaan yang telah ditetapkan oleh BNM sebelum ia mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna. Tempoh persediaan dan audit oleh BNM akan mengambil masa sekitar 12 hingga 24 bulan.

Sebelum ini, BNM pernah merancang untuk mengumumkan penerima yang berjaya pada Mac 2022 bersama-sama penerbitan Laporan Tahunan BNM 2021. Bagaimanapun, pengumuman tersebut ditangguhkan bagi membolehkan proses undang-undang melibatkan perlesenan terbabit diselesaikan.

Pelaksanaan perbankan digital ini membolehkan perkhidmatan kewangan dapat memenuhi keperluan pasaran semasa. Perbankan ini tidak memerlukan cawangan-cawangan fizikal dan perkhidmatan akan ditawarkan secara digital menerusi laman web dan aplikasi mudah alih.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.