Utama Teknologi Keselamatan Kumpulan Penggodam R00TK1T isytihar untuk mengancam Infrastruktur Digital Malaysia

Kumpulan Penggodam R00TK1T isytihar untuk mengancam Infrastruktur Digital Malaysia

201
0

Kumpulan penggodam R00TK1T yang sering dikenali dari pencerobohan siber dan eksploitasi perisian organisasi kerajaan dan swasta di seluruh dunia telah mengeluarkan kenyataan amaran untuk mensasarkan Malaysia pula.

Kenyataan tersebut telah dibuat menerusi saluran Telegram kumpulan berkenaan yang mendakwa “kiraan detik untuk kekacauan telah bermula” dan “Malaysia, bersedia untuk dipukul badai yang menghancurkan dan melemahkan”. Ancaman tersebut tidak dinyatakan secara jelas dan kenapa Malaysia menjadi sasaran juga tidak disebut.

Penyedia penyelesaian keselamatan iZoologic juga secara bebas mengesahkan amaran ancaman tersebut juga dikongsikan di dalam platform web gelap (dark web) dengan masa ia dihantar tidak jauh dengan masa ia dihantar di dalam Telegram.

iZoologic juga mengesahkan kumpulan penggodam ini yang terkenal dengan operasi-operasi sulit sebelum ini telah mensasarkan institusi kewangan, pangkalan data kerajaan, dan syarikat multinasional. Kaedah serangannya melibatkan eksploitasi kerentanan perisian, memasang malware, dan menjalankan serangan phishing yang rumit.

Our researchers believe that the R00TK1T warning should be taken seriously by Malaysia as the group has proven that they can back up their threats. – iZoologic

Kumpulan R00TK1T sebelum ini terlibat dengan serangan infrastruktur digital di Lebanon dan juga pencerobohan data syarikat kosmetik L’Oréal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.