Utama Apple Apple dilaporkan akan melancarkan Model iPad dan MacBook baharu pada Mac 2024

Apple dilaporkan akan melancarkan Model iPad dan MacBook baharu pada Mac 2024

208
0

Apple dikatakan akan memperkenalkan model-model iPad Air, iPad Pro dan MacBook Air baharu sekitar hujung Mac ini, menurut Mark Gurman di dalam pojok akhbarnya yang terkini di Bloomberg. Proses pengeluaran untuk model iPad Pro dan MacBook Air 13-inci baharu kini telah pun dijalankan di sekitar Asia.

Siri iPad Air baharu ini dijangkakan akan memperkenalkan saiz paparan 12.9-inci baharu bersama-sama model 10.9-inci yang dikemaskini. Desas-desus model generasi berikutnya ini turut menjangkakan penggunaan cip Apple M2 bagi meningkatkan prestasi.

Selain itu, bonggol kamera belakangnya juga dikatakan akan menerima rekaan baharu. Turut dinyatakan sokongan untuk Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3 akan disediakan. Tidak dinyatakan sama ada akan terdapat perubahan pada rekaan luarannya.

Untuk model iPad Pro 11-inci dan 13-inci generasi berikutnya nanti, ia dijangka akan menjadi iPad pertama yang hadir dengan paparan OLED. Skrin baharu kelak dikatakan mampu membawakan penambahbaikan dari segi kecerahan, warna yang lebih berseri, nisbah kontras yang lebih tinggi, penggunaan tenaga lebih rendah dan lain-lain kelebihan berbanding panel LCD. Berikutan dari perubahan tersebut, harga model generasi berikutnya ini dijangka akan mengalami kenaikan.

Lain-lain ciri yang mungkin hadir pada iPad Pro baharu berkenaan termasuklah penggunaan pemprosesan Apple M3. Ia juga akan didatangkan pengecasan nirwayar MagSafe, Magic Keyboard rekaan baharu dengan pad penjejakan lebih besar dan kerangka atas aluminium, serta kamera yang diletakkan pada mod lanskap. Turut diperkatakan, rekaan kamera belakangnya juga akan berubah seperti iPad Air yang baharu nanti.

MacBook Air Baharu

Akhir sekali, Mark Gurman menyatkaan model MacBook Air 13-inci dan 15-inci baharu kelak dijangka akan diperkenalkan secara serentak pada Mac tahun ini. Tumpuan utama pada laptop berkenaan adalah pada pemprosesan terkini Apple M3.

Ia dikatakan akan membawakan surihan sinar (ray-tracing) dipacu perkakasan dan letau jejaring (mesh shading) untuk pengolokan grafik dipertingkatkan di dalam permainan yang mampu menjadikan pencahayaan, pantulan dan bayang lebih jitu. Tiada perubahan besar dijangkakan pada rekaan MacBook Air tahun ini. Namun, kemungkinan ia akan menyokong Wi-Fi 6E seperti yang terdapat pada peranti Mac lain.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung perkembangan terbaru peranti-peranti berkenaan dari pihak Apple.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.