Utama Telco CelcomDigi CelcomDigi Mansuhkan Bayaran Akses 5G untuk Pelan Lama Digi dan Xpax terpilih

CelcomDigi Mansuhkan Bayaran Akses 5G untuk Pelan Lama Digi dan Xpax terpilih

161
0
CelcomDigi Logo New

Pengguna pelan lama CelcomDigi seperti Digi Postpaid 40 dan 60 serta Xpax Postpaid 40 dan 60 kini boleh mendapat akses rangkaian 5G tanpa perlu membuat bayaran tambahan booster. Bagaimanapun, tidak semua pelan lama berkenaan menerima perubahan tersebut terutamanya pelan-pelan prabayar kecuali Digi Next 5G 48 dan Xpax Prepaid 5G 48.

Terdahulu, syarikat telekomunikasi berkenaan dilihat tidak lagi menyertakan bayaran tambahan booster 5G untuk pelan lama Digi dan Xpax pada minggu lepas. Ia sejajar dengan pengumuman oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan pemansuhan bayaran tambahan kepada pengguna untuk akses rangkaian 5G.

Untuk mengaktifkan akses rangkaian 5G pada pelan-pelan lama Digi, anda boleh melakukannya dengan:

  • Buka aplikasi MyDigi
  • Ketik pada Buy Add-Ons
  • Pilih 5G Access Pass

Manakala bagi pengguna Xpax pula boleh melakukan langkah seperti berikut:

  • Buka aplikasi Celcom Life
  • Ketik pada Buy Add-Ons
  • Pilih 5G Access Pass

Pas 5G berkenaan juga perlu diaktifkan secara manual sebaik sahaja tempoh 30 hari yang diberikan tersebut telah tamat. Tiada fungsi pembaharuan automatik disediakan buat masa ini.

Pas tersebut juga disenaraikan pada harga RM0.00 bergantung sama ada pelan lama yang digunakan layak menerima pemansuhan tersebut atau tidak. Setakat ini tidak dapat dipastikan smaa ada CelcomDigi berhasrat untuk memberikan akses 5G percuma kepada pelan-pelan pascabayar lama lain seperti Digi Infinite dan Postpaid 58/80 serta prabayar yang lain di masa hadapan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.