Beberapa nama untuk pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Elite berikutnya telah pun diperkatakan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Antaranya 8 Elite 2 dan 8 Elite 3 seperti yang didakwa oleh pentiris maklumat bersiri Digital Chat Station sebelum ini.

Menerusi perkongsian terkininya di Weibo, pentiris maklumat tersebut mendakwa SM8850 mempunyai nama yang akan digunakan baharu, Snapdragon 8 Elite Gen 5. Sebagai perbandingan Qualcomm Snapdragon 8 Elite pada asalnya adalah SM8750.

Ini mungkin merujuk kepada Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan untuk pemprosesan SM8650. Mengambil kira nombor model, Elite yang akan datang lebih sesuai dinamakan sebagai Gen 4. Cuma agak janggal apabila nombor generasi cuma diteruskan pada Gen 5 dengan menambahkan nama Elite.

Apa pun, kita boleh menunggu pengumuman rasmi dari pihak Qualcomm yang dijangka akan dibuat pada bulan hadapan di dalam acara Qualcomm Summit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.