Qualcomm dan Asus memperkenalkan program ‘Smartphone for Snapdragon Insiders‘, telefon pintar yang dibangunkan secara bersama khusus untuk peserta program Insiders.
Program Snapdragon Insiders kini mempunyai keahlian seramai 1.6 juta peserta dari seluruh dunia. Telefon berkenaan akan dilancarkan kepada umum selepas akses awal diberikan kepada Insiders.
Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini menawarkan paparan 6.78-inci dengan kadar penyegaran semula 144Hz bersama-sama cipset Snapdragon 888. Ia juga mempunyai RAM LPDDR5 16GB, storan dalaman UFS 3.1 512GB.
Untuk kameranya, telefon ini menyediakan tetapan tri-kamera untuk kamera belakangnya yang terdiri daripada sebuah kamera 64MP, kamera bersudut lebar 12MP dan sebuah kamera telefoto 8MP.
Tidak ketinggalan, telefon hasil usahasama di antara Qualcomm dan Asus ini juga menyediakan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.
Dijangkakan telefon ini akan ke pasaran beberapa buah negara pada Ogos ini dengan harga $1,499 (~RM6,276).