Utama Automotif Proton Exora 2023 dilancarkan; Hadir dengan ciri arahan suara “Hi Proton”, ESC,...

Proton Exora 2023 dilancarkan; Hadir dengan ciri arahan suara “Hi Proton”, ESC, Sistem Infotainment 7-inci

671
0
proton-exora-2023

Kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora pertama kali diperkenalkan pada 2009 dan kini, model berkenaan diperbaharui melalui Proton Exora 2023 hadir dengan logo bulat baharu. Model ini tidak jauh bezanya model keluaran tahun 2019 dahulu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif Proton Roslan Abdullah, Proton Exora merupakan MPV pertama binaan tempatan yang mengetengahkan ciri-ciri setempat rakyat Malaysia.

“With this latest update, we took a class-leading product and made it even better for drivers and passengers alike, across a variety of applications, by reinforcing its proposition of power, space, and value. With more than 180,000 units sold over 13 years, the Proton Exora is Malaysia’s best-selling C-Segment MPV and to this day retains that position.”

Proton Exora 2023 masih lagi menggunakan enjin turbo Proton CamPro 1.6 liter 4 silinder bergandingan CVT yang menghasilkan kuasa 140PS (138hp) dan tork 205Nm.Belakang Proton Exora 2023

Untuk ciri keselamatannya, Proton menyediakan Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Contro, ESC) sebagai standard pada semua model termasuk Executive. Selain itu terdapat dua airbag pada bahagian tempat duduk hadapan, serta Anti-lock braking system (ABS) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Rekaan stereng Proton Exora baharu ini menampilkan ciri rekaan yang sama seperti Proton Saga 2022 baharu selain tempat duduk semi-kulit (semi-leatherette) pada model Premium telah dinaiktaraf kepada kulit sepenuhnya.proton-exora-2023-2

Sistem inforia 7-inci pada bahagian hadapan Proton Exora Premium masih lagi sama dengan sokongan suara Hi Proton, ketersambungan 4G LTE, penstriman muzik dan navigasi dalam talian. Manakala model yang lebih murah, Executive menawarkan head unit biasa dengan ketersambungan Bluetooth.

Harga Proton Exora 2023

proton-exora-2023-1Sungguhpun menawarkan sedikit penambahbaikan, Harga Proton Exora 2023 adalah lebih kurang RM3,000 lebih mahal berbanding sebelumnya.

  • Proton Exora 1.6T Executive CVT – RM62,800
  • Proton Exora 1.6T Premium CVT – RM69,800

Terdapat 5 warna ditawarkan untuk Proton Exora 2023 iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Cocoa Grey.

Maklumat lanjut mengenai Proton Exora, layari: https://www.proton.com/en/find-a-car/exora

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.