Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam telah mengeluarkan kenyataan berhubung kekeliruan mengenai pelan data tanpa had yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat telekomunikasi. Perkara ini turut melibatkan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM ini telah mengeluarkan notis arahan kepada Celcom, Maxis, Tune Talk, dan Webe kerana tidak mematuhi garis panduan pengiklanan. Pihak SKMM juga telah mengarahkan kesemua yang terlibat melakukan pembetulan maklumat di dalam promosi masing-masing.

Selain notis arahan kepada pihak-pihak yang terlibat, kenyataan tersebut juga menyatakan masih terdapat lagi promosi yang mengelirukan. Turut dimaklumkan promosi-promosi ini tidak menyatakan dengan jelas terma dan syaratnya termasuk FUP yang sebenar.

Para pengguna juga dinasihatkan supaya membaca dan memahami sebaiknya Polisi Penggunaan Saksama yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing.

Cuma masalahnya, masih ada lagi syarikat-syarikat telekomunikasi yang tidak berterus-terang mengenai FUP yang telah ditetapkan. Diharapkan pihak-pihak berkenaan dapat membantu mewujudkan ketelusan dalam polisi demi kemajuan bersama mengejar teknologi semasa.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.