Utama Mobile Pelan Internet Prabayar U Mobile tawar 3 kali lebih data

Pelan Internet Prabayar U Mobile tawar 3 kali lebih data

931
0

Bulan yang agak sibuk bagi U Mobile sepanjang Disember ini dan baru-baru ini syarikat telco yang popular dengan warna tema jingga ini menawarkan sesuatu yang menarik buat pelanggan prabayarnya. Terkini, U Mobile menawarkan pakej data tiga kali ganda dari apa yang biasa ditawarkan olehnya.

Unlimited Mobile Internet (UMI), pelan data internet bulanan khusus untuk pengguna prabayar kini telah dipertingkatkan had kuota penggunaannya sehingga tempoh promosi ini tamat pada 15 Februari 2017 kelak. Oleh yang demikian, sepanjang tempoh promosi ini had-had kuota pelan UMI adalah seperti berikut;

UMI 20 (Jumlah 5GB)
RM20/sebulan
4.5GB data
Percuma 500MB Video ONZ
Music ONZ tanpa had
Panggilan percuma 20 minit kesemua rangkaian

UMI 25 (Jumlah 7GB)
RM25/sebulan
6GB data
Percuma 1GB Video ONZ
Music ONZ tanpa had

UMI 30 (Jumlah 10GB)
RM30/sebulan
7.5GB data
Percuma 2.5B Video ONZ
Music ONZ tanpa had
Panggilan percuma 30 minit kesemua rangkaian

UMI 38 (Jumlah 8GB)
RM38/sebulan
6GB data
Percuma 2GB Video ONZ
Music ONZ tanpa had
Panggilan percuma 50 minit kesemua rangkaian

UMI 50 (Jumlah 16GB)
RM50/sebulan
12GB data
Percuma 4GB Video ONZ
Music ONZ tanpa had
Panggilan percuma 50 minit kesemua rangkaian

Bagaimanapun, tawaran ini hanya sah bagi bagi pengguna yang baru sahaja memohon pelan berkenaan bermula dari semalam. Pengguna yang sudah sedia melanggan, perlu melakukan permohonan baru jika ingin mendapatkan promosi had kuota tambahan ini.

Sumber berita diperoleh dari Facebook Umobile

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.