Utama Komputer Permainan Pra-tempahan Konsol Permainan Mudah Alih MSI CLAW dibuka 9 Mac ini; Harga...

Pra-tempahan Konsol Permainan Mudah Alih MSI CLAW dibuka 9 Mac ini; Harga dari RM3,499

39
0

MSI Malaysia telah mengumumkan konsol permainan mudah alih, CLAW akan mula dibuka pra-tempahannya pada 9 Mac sehingga 21 Mac 2024. Konsol berkenaan akan hadir dalam dua pilihan konfigurasi dengan harga masing-masing RM3,499 dan RM3,999.

Konfigurasi tersebut juga masing-masing dilengkapkan dengan pemprosesan Intel Core Ultra 5 135H dan Intel Core Ultra 7 155H. Kedua-dua pemprosesan berkenaan berkuasa tinggi dan digunakan juga pada laptop.

Selain dari perbezaan pemprosesan yang digunakan, dua konfigurasi MSI CLAW berkenaan juga didatangkan dengan RAM LPDDR5 16GB. Bergantung pada jenis konfigurasi, konsol permainan mudah alih tersebut juga mempunyai pilihan storan PCIe 4.0 sehingga 1TB mengikut pilihan konfigurasi.

Lain-lain ciri yang disediakan termasuklah sokongan Wi-Fi 7, port Thunderbolt 4, bateri 53Wj, pengecas PD 65W, kayu ria dan pemicu Hall Effect dalam tatasusunan pengawal Xbox, Windows 11 dan juga paparan sesentuh FHD 7-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Pembelian melalui pra-tempahan ini juga bakal berpeluang menerima berkas aksesori eksklusif bernilai RM499 sehingga stok masih ada. MSI CLAW dijangka akan mula dijual di pasaran Malaysia pada penghujung Mac ini.

Maklumat lanjut dan pra-tempahan MSI CLAW, layari MSI Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.