Pra-tempahan siri iPhone 13 bagi pasaran Malaysia telah pun mula dibuka sejak dari tengah malam semalam. Pada asalnya, pembeli yang membuat pra-tempahan disasarkan akan menerima iPhone 13 yang ditempah seawal 8 Oktober ini.
Walaubagaimanapun, sesetengah model akan mengalami kelewatan penghantaran berikutan permintaan siri iPhone 13 yang terlampau tinggi pada ketika ini.
Pembeli yang berminat untuk mendapatkan siri iPhone baharu ini boleh membuat pra-tempahan melalui laman web rasmi Apple Malaysia.
Antara model siri iPhone berkenaan ialah iPhone 13 Pro Max 1TB berwarna Graphite yang didapati akan dihantar kepada pembeli antara 2 hingga 10 November 2021.
Siri iPhone 13 juga boleh dipra-tempah melalui syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, dan U Mobile.