Bagi anda yang inign mendapatkan laptop khusus untuk permainan, Acer Malaysia bakal melancarkan laptop Nitro 5 baharu hujung bulan ini.
Laptop yang dijual pada harga pasaran RM5,499 ini telah mula dibuka pra-tempahannya bermula dari semalam sehingga 17 Mac 2021 di Shopee dan Lazada.
Pembelian secara pra-tempahan ini bakal menikmati harga diskaun pada RM4,999 bersama-sama aplikasi McAfee LiveSafe selama tiga tahun secara percuma.
Dari segi spesifikasi, Nitro 5 dilengkapkan dengan pemprosesan Intel Core i7-10750H Generasi Ke-11 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 3060. Selain itu, laptop ini menawarkan RAM DDR4 8GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 32GB. Manakala storannya pula menawarkan SSD PCIe NVMe 512GB yang boleh diperluaskan lagi melalui slot storan tambahan M.2.
Laptop ini juga menawarkan kadar penyegaran semula yang tinggi melalui paparan IPS FHD 15.6-incinya iaitu 144Hz. Selain itu, ia menawarkan papan kekunci RGB empat zon, Wi-Fi 6 dari Intel dan Ethernet (RJ-45) yang menyokong Killer Ethernet E2600.
Bersempena pelancaran Acer Nitro 5 keluaran 2021 ini, Acer Malaysia turut menganjurkan pertandingan #CreateYourDreamSpace yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM210,000.