Utama Laptop Acer Acer Malaysia tawar khidmat baik pulih peranti rosak akibat banjir secara Percuma

Acer Malaysia tawar khidmat baik pulih peranti rosak akibat banjir secara Percuma

734
0

Acer telah mengumumkan program baik pulih percuma kepada pengguna yang telah terkesan akibat bencana besar di Malaysia baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Acer Malaysia, baik pulih percuma ini merangkumi kesemua peranti Acer tanpa mengira status warantinya.

Selain itu, Acer turut menawarkan diskaun 20% bagi pembelian PC laptop atau desktop Acer baharu di kedai dalam talian rasmi Acer Malaysia jika peranti yang rosak berkenaan gagal dibaikpulih.

Dalam pada masa yang sama, Acer Malaysia turut memaklumkan pengguna boleh membawakan peranti bukan berjenama Acer untuk dibaikpulih oleh Acer. Namun, baikpulih berkenaan akan dikenakan bayaran.

Selain Acer, TM Unifi dan Samsung Malaysia juga menawarkan khidmat baik pulih secara percuma kepada mangsa-mangsa banjir bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung.

Bagi anda yang berhasrat ingin mendapatkan khidmat baikpulih ini boleh menghubungi Acer Malaysia di talian 1-800-88-1918. Anda juga boleh berhubung melalui emel di alamat ama.acercare@acer.com. Tertakluk pada terma dan syarat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.