Microsoft dilaporkan telah membaiki masalah yang melibatkan sesetengah pencetak menyebabkan PC Windows 10 tergendala dan mengeluarkan ralat Skrin Biru Maut (Blue Screen of Death, BSOD).
Lanjutan dari itu, satu kemaskini pembaikan telah pun mula diluncurkan kepada pengguna bermula pada hari ini. Pembaikan ini diharap mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesetengah pengguna yang terkesan.
Menerusi nota kemaskini tersebut, Microsoft menyatakan isu ini hanya melibatkan pencetak tertentu yang menggunakan sesetengah aplikasi. Bagaimanapun, nota tersebut tidak menyatakan pencetak dan aplikasi apa yang terkesan.
Berdasarkan laporan sebelum ini, masalah ini melibatkan pengguna pencetak dari pengeluar seperti Kyocera, Ricoh dan Zebra.
Bagi anda yang terkesan dengan masalah berkenaan, anda boleh memuat turun kemaskini terbaru ini seperti berikut:
Settings > Update & Security > Windows Update > Check for Updates.