Utama Laptop Acer Acer Swift Edge kini di Malaysia; Laptop dengan Skrin OLED 4K, Harga...

Acer Swift Edge kini di Malaysia; Laptop dengan Skrin OLED 4K, Harga dari RM5,299

679
0
acer-swift-edge-3
Acer Swift Edge 3

Acer baru-baru ini telah memperkenalkan model baharu di dalam keluarga Swift yang sinonim dengan rekaan nipis dan ringan, Acer Swift Edge. Menariknya, laptop baharu ini kini tiba di Malaysia, sehari selepas pengumuman globalnya.

Menurut Acer, Swift Edge merupakan laptop dengan skrin OLED 16-inci paling ringan di dunia iaitu 1.17 kg dengan berketebalan 12.95mm.

Sama seperti model-model laptop Swift sebelum ini, rahsia kepada sifat ringannya adalah penggunaan material magnesium-aluminium sebagai casisnya.

Skrin laptop berkenaan yang menggunakan panel OLED ini mempunyai resolusi natif 4K (3840 x 2400) dengan liputan gamut warna DCI-P3 100%.

Selain mempunyai tahap kecerahan maksima 500 nits dan masa respons di bawah 0.2ms, skrin laptop Acer Swift Edge ini juga mempunyai persijilan VESA DisplayHDR True Black 500.

Seperkara yang menarik lagi dengan Acer Swift Edge ini, ia mempunyai pemprosesan keselamatan Microsoft Pluton yang menyediakan subsistem keselamatan berasaskan perkakasan untuk laptop ini.acer-swift-edge-AMD Ryzen 6000 Series

Bagaimanapun, tidak semua pemprosesan mampu berintegrasi dengan pemprosesan Pluton. Atas sebab itu, Acer Swift Edge hadir dengan pemprosesan AMD Ryzen 6000 Series yang menyokong cip khusus keselamatan berkenaan.

Berdasarkan pemilihan pemprosesan oleh laptop ini, Acer dilihat mensasarkan Swift Edge sebagai kegunaan pengguna perusahaan.

Selain itu, laptop ini menawarkan tempoh penggunaan melalui bateri sehingga 7.5 jam melalui bateri 3-sel 54Wj yang disediakannya.

Harga laptop Acer Swift Edge di Malaysia

Acer Swift-Edge Laptop Promotion Malaysia 2022Bersempena pelancarannya, Acer menawarkan aksesori percuma beg galas Urban Backpack bernilai RM59 dan tetikus nirwayar Logitech MX Anywhere 3 (Pink) bernilai RM431 bagi setiap pembelian laptop ini dari 8 hingga 14 Oktober 2022.

Anda boleh mendapatkan Acer Swift Edge di Malaysia melalui Acer Malaysia eStore mengikut spesifikasinya seperti berikut:

acer-swift-edge-specification

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.