Utama Laptop Acer Acer Swift 3 OLED dilancarkan secara rasmi; Hadir dengan Intel Core 12th...

Acer Swift 3 OLED dilancarkan secara rasmi; Hadir dengan Intel Core 12th Gen

536
0

Acer Swift, siri laptop nipis dan ringan dari Acer telah memperkenalkan Acer Swift 3 OLED yang menampilkan panel OLED menerusi acara next@acer Global Press Conference (GPC) 2022 malam tadi. Panel skrin sebegini pada kebiasaannya ditawarkan sebagai ciri premium, kini ditawarkan pada laptop peringkat menengah rendah ini.

Acer Swift 3 OLED yang hanya seberat 1.4kg dan berketebalan 17.9mm membawakan rekaan segak dan kemas yang sinonim dengan siri ini. Paparan OLED yang disediakan pada laptop ini berukuran 14-inci dengan nisbah aspek 16:10 beresolusi 2880 x 1800 (WQXGA+) dan kadar penyegaran semula 90Hz.

Menurut Acer, panel ini mampu menyediakan 100% liputan warna gamut DCI-P3 dan menepati piawaian VESA DisplayHDR True Black 500 dan TUV Rheinland Eyesafe.

Dari segi perkakasannya, laptop Acer Swift 3 OLED menawarkan pilihan pemprosesan sehingga Intel Core i7-12700H dengan grafik berintegrasi Iris Xe Graphics. Melalui bateri yang bertahan sehingga 10 jam, laptop dengan pengesahan oleh Intel Evo ini mampu menyediakan penggunaan sehingga 4 jam bagi tempoh pengecasan selama 30 minit.

Laptop ini juga dilengkapkan dengan RAM LPDDR5 16GB, SSD NVMe PCIe Gen4 1TB dan adapter Intel Killer Wi-Fi 6E AX1675i. Ia juga menyediakan port USB-C yang menyokong USB4 dan Thunderbolt 4.

Selaras dengan hasrat Acer yang menumpukan daya usaha ke aras kelestarian alam, Acer Swift 3 OLED ini juga menyediakan pan sesentuh OceanGlass yang diperbuat daripada sisa plastik yang dibuang di lautan.

Acer turut menyatakan paparan kekunci dengan penyalaan belakang laptop Acer Swift 3 OLED mempunyai liang masukan udara yang membantu pelepasan 8% hingga 10% lebihan haba berbanding papan kekunci laptop biasa.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan bilakah Acer akan melancarkan laptop ini ke pasaran Malaysia. Acer Swift 3 OLED akan memasuki pasaran China pada bulan ini dengan harga jualannya dari  CNY4,999 (~RM3,258).

Maklumat lanjut, layari Acer Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.