Utama Komputer Intel Prestasi Intel Xe HPG dilapor setara dengan NVIDIA GeForce RTX 3070

Prestasi Intel Xe HPG dilapor setara dengan NVIDIA GeForce RTX 3070

481
0

Tidak banyak maklumat mengenai pembangunan Intel Xe dikongsikan kepada khalayak secara rasminya. Kali terakhir maklumat mengenainya diperoleh pada Februari lalu apabila Ketua Arkitek Bahagian Grafik Intel, Raja Koduri membayangkan keupayaan Xe-HPG dan sokongan DirectX 12 Ultimate.

Baru-baru ini, maklumat mengenai GPU diskrit ini mengatakan prestasinya adalah setara dengan NVIDIA GeForce RTX 3070. Maklumat yang dikongsikan menerusi Twitter Raja Koduri menunjukkan dua gambar dari tempoh berbeza di Makmal Folsom Intel.

Menerusi hantaran berkenaan, beliau memaklumkan sedang bermain dengan sebuah GPU baharu. Ianya dikatakan berkeupayaan lebih kurang “20x lebih pantas” dari Crystal Well yang di dalam pra-produksi.

Crystal Well adalah nama lain bagi barisan CPU Intel Haswell (Generasi Ke-4). Grafik berintegrasi yang digunakan bagi CPU generasi berkenaan dikenali sebagai Iris Pro 5200 dan turut dimuatkan ke dalam CPU terbaik ketika itu, Core i7-4770K.

Selain itu, portal PC World turut melaporkan Iris Pro 5200 mencatatkan markah grafik UL Fire Strike sebanyak 1,450 mata. Jika kita mendarabkan nilai mata tersebut dengan 20, maka nilai yang didapati adalah 29,000 mata. Nilai mata ini hampir sama nilainya dengan RTX 3070.

Bagaimanapun, kita tidak boleh menilai kenyataan Encik Raja Koduri menerusi Twitter beliau sebagai spesifikasi rasmi. Setakat ini kita hanya sekadar mampu menjangkakan berdasarkan dari maklumat-maklumat yang dikumpulkan sehinggalah kenyataan rasmi dari Intel dikeluarkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.