Utama Aksesori Jam Tangan Pintar Baiki Pola Tidur Anda dengan Samsung Galaxy Watch 6 Classic

Baiki Pola Tidur Anda dengan Samsung Galaxy Watch 6 Classic

183
0

Sama seperti peranti yang kita gunakan, tubuh badan kita juga perlu ‘dicaskan’ semula sebelum memulakan hari yang baharu keesokannya. Namun, adakalanya kita berdepan kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti pada setiap malam.

Tidak semua dalam kalangan kita yang mudah tidur seperti Raja Tidur Siang Nobita yang mudah tidur di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, kita perlu mewujudkan satu tabiat baharu untuk melatihkan diri tidur dengan secukupnya. Untuk itu, Galaxy Watch 6 menyediakan sokongan memantau pola tidur.

Fungsi Sleep Tracker dalam Galaxy Watch 6

Ia boleh merekodkan corak tidur anda dengan menyediakan panduan-panduan berguna. Peranti boleh pakai terkini dari Samsung ini juga dimuatkan dengan pelbagai ciri yang menjadikan tidur anda lebih berkualiti.

Salah satu ciri yang paling bermanfaat yang ditawarkannya adalah laporan tidur yang berintuitif. Antara yang direkodkannya termasuklah:

  • berapa lama anda tidur
  • berapa markah tidur anda
  • berapa lama tempoh anda dalam kitaran tidur
  • tahap oksigen dalam darah
  • dan juga sama ada anda berdengkur atau tidak

Galaxy Watch 6 Classic akan menyimpan maklumat-maklumat ini dan akan mempersembahkan kepada anda dalam bentuk yang amat mudah dihadam terus dari jam tangan pintar anda.

Latihan tidur dengan fungsi Sleep Coaching

Anda boleh merekodkan pola tidur harian anda dengan memakai Galaxy Watch 6 Classic ketika anda tidur untuk beberapa malam. Ciri Sleep Coaching yang terbina dalam akan membantu anda dengan sokongan merekodkan waktu tidur anda.

Lihat aplikasi Samsung Health dan biarkan ia memantau ketika anda sedang berehat. Berdasarkan data yang telah direkodkan, aplikasi berkenaan akan mengkategorikan tidur anda mengikut jenis haiwan yang comel untuk dipaparkan.

Misalnya, jika anda mampu mencapai tidur secara purata 10 hingga 15 jam, ia akan memaparkan haiwan singa kerana mempunyai masa tidur yang panjang. Jika anda mengalami kesukaran untuk tidur, ia akan memaparkan rusa kerana menggambarkan seolah-olah anda kerap terjaga ketika tidur.

Aplikasi ini juga akan mewujudkan satu program latihan tidur selama empat hingga lima minggu sebaik dapat menentukan corak tidur anda. Ia merangkumi objektif, senarai yang perlu dilakukan, artikel berkaitan tidur, tips meditasi dan laporan tidur.

Harga Samsung Galaxy Watch 6 Classic di Malaysia

Buat anda yang membeli Samsung Galaxy Watch 6 baharu dari sekarang hingga 30 September 2023, Samsung Malaysia kini menawarkan potongan 20% untuk pembelian Samsung Galaxy Buds 2, Buds 2 Pro, tali jam tangan terpilih dan Samsung Care+.

Samsung Malaysia juga menawarkan pengecas 15W percuma bernilai RM59 dan bekas jam tangan percuma bernilai RM129 serta penjimatan berganda bagi pembelian secara tukar-beli sehingga RM300 melalui rebat.

  • Galaxy Watch 6 Classic LTE: RM1,799 (47mm) / RM1,699 (43mm)
  • Galaxy Watch 6 Classic Bluetooth: RM1,499 (47mm) / RM 1,399 (43mm)
  • Galaxy Watch 6 LTE: RM1,499 (44mm) / RM1,399 (40mm)
  • Galaxy Watch 6 Bluetooth: RM1,199 (44mm) / RM1,099 (40mm

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.