Utama Mobile Telco Petronas melancarkan Rangkaian Persendirian 5G Pertama di Malaysia

Petronas melancarkan Rangkaian Persendirian 5G Pertama di Malaysia

133
0
Imej dari Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof

Petronas secara rasminya menjadi syarikat pertama yang menggunakan rangkaian persendirian 5G di Malaysia untuk kegunaan perusahaan. Ia dipasang di Regasification Terminal Sungai Udang (RGTSU) Petronas di Melaka bagi tujuan pengoptimasian operasi dalamannya.

Pelaksanaan turut disokong oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan kerjasama ini akan melahirkan persekitaran inovasi yang berkembang maju, membolehkan negara memanfaatkan keupayaan teknologi 5G yang lengkap. Ia juga dapat menawarkan peluang usaha kerjasama untuk menggunakan sepenuhnya potensi teknologi tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi Petronas Datuk Bacho Pilong menyatakan pelaksanaan rangkaian persendirian di RGTSU telah meningkatkan kecekapan dan keselamatan operasi sellain menyokong mencapai sasaran perniagaan dan kelestarian.

SKMM kini dilaporkan sedang bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan mudah alih bagi melaksanakan rangkaian persendirian 5G yang akan dijadikan sebagai ‘use case’ pembangunan pelbagai industri di Malaysia. Selain dari Petronas, tiada syarikat tempatan yang menyatakan minat secara umum untuk melaksanakan kaedah tersebut setakat ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.