Utama Android Oppo OPPO Find N3 Flip akan dilancarkan secara global pada 12 Oktober ini

OPPO Find N3 Flip akan dilancarkan secara global pada 12 Oktober ini

101
0

OPPO Find N3 Flip telah dilancarkan di pasaran China pada Ogos lalu dan untuk pasaran global, telefon pintar boleh lipat berkenaan akan dilancarkan pada 12 Oktober 2023. Ia akan dilancarkan di India menerusi sebuah acara yang akan disiarkan secara langsung pada jam 7 malam waktu tempatan.

Sungguhpun telefon pintar boleh lipat baharu dari OPPO ini diumumkan ke pasaran global, ia tidak semestinya akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada tarikh yang sama. Cuma buat masa ini tidak dapat dipastikan apakah model untuk pasaran global ini sama dengan model yang diperkenalkan di pasaran China.

Berdasarkan apa yang diketahui ketika pelancarannya pada Ogos lalu, OPPO Find N3 Flip menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 9200 bersama-sama konfigurasi memori LPDDR5X dan storan UFS 4.0. Berkapasiti 4,300mAh, baterinya boleh dianggap boleh tahan bagi sesebuah telefon pintar boleh lipat dengan sokongan pengecasan pantas 44W.

Skrin dalamannya menampilkan paparan OLED 6.8-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, tahap kecerahan puncak 1600 nits, dan pemalapan berfrekuensi tinggi PWM sehingga 1440Hz. Pada sebelah luarnya pula, skrin OLED yang disediakan berukuran 3.26-inci dengan kecerahan puncak 900 nits, dan kadar penyegaran semula 90Hz selain mempunyai nisbah aspek 17:9.

Untuk kameranya, di sebelah skrin dalamannya disediakan sebuah kamera 32MP. Manakala kamera pada sebelah luarnya pula disediakan satu kamera utama Sony IMX890 50MP, satu kamera ultra-lebar 48MP dan kamera potret 32MP dengan ketiga-tiganya menerima sentuhan Hasselblad.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.