Utama Mobile Android Perodua Alza versi 2022 dilancarkan; Hadir dengan sokongan Android Auto

Perodua Alza versi 2022 dilancarkan; Hadir dengan sokongan Android Auto

795
0
Perodua Alza 2022 Android Auto

Perodua telah melancarkan Perodua Alza 2022 dengan memperkenalkan ciri-ciri menarik seperti brek parkir elektronik (electronic parking brake, EPB) dengan pemegang brek automatik. Turut diperkenalkan sokongan Android Auto dengan penambahan ciri mengelakkan tumpuan pemanduan terganggu.

Android Auto untuk Alza 2022 ini ditawarkan pada varian AV dan boleh diaktfikan dari skrin ‘home’ yang ditempatkan bersama-sama ikon-ikon ‘Phone’, ‘Media’ dan ‘Settings’.

Selain itu, Alza 2022 varian AV ini juga menawarkan monitor pandangan panorama bersudut 360-darjah. Turut ditawarkan perakam video digital berintegrasi (DVR) yang boleh dibeli secara berasingan pada harga RM500 dari Perodua GearUP.Perodua Alza 2022

Kenderaan MPV terkini keluaran Perodua ini juga dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC dengan ciri penting penjimatan minyak. Menurut Perodua, pemanduannya mampu mencapai tahap kecekapan sehingga 22 KM bagi seliter petrol.

Harga bagi Perodua Alza 2022 varian AV ditawarkan pada RM75,000. Manakala dua lagi varian iaitu model asas X dan model H pula masing-masing dijual pada harga dari RM62,500 dan RM68,000.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.