Utama Teknologi Perhimpunan

Perhimpunan

765
3

Perhimpunan

Antara musim rancangan kat TV Malaysia paling bosan adalah musim perhimpunan. Bukak channel, sana sini tayang perhimpunan dengan visual orang lelaki pakai songkok tinggi terpekik terlolong. Kadang-kadang, ada jugak terselit makcik bertudung merah sama naik dengan geng lelakinya terpekik-pekik.

Pernah sebelum ni, sorang makcik tudung merah ni punya marah time perhimpunan, sampai nak selak-selak kain katanya. Marah betul dia waktu tu.

Tiap-tiap tahun, perhimpunan ni memang tak pernah takda orang. Mesti dalam dewan tu nampak penuh je. Aku tak pasti sama ada yang hadir tu benar-benar ikhlas atau terpaksa.

Kalau aku, memang tak minat nak berhimpun-himpun bagai ni. Baik dari zaman sekolah dulu memang aku dah tak minat.

Agaknya, diorang berhimpun ni rindukan zaman persekolahan yang mana tiap-tiap Isnin akan ada perhimpunan.

3 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.